HomeUncategorized"Macam Nak Tercabut Jantung" - Pemuda Kongsi Detik Cemas Rakam Lori Terbalik...

“Macam Nak Tercabut Jantung” – Pemuda Kongsi Detik Cemas Rakam Lori Terbalik Depan Mata

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Akibat memandu dalam keadaan mengantuk, lori dipandu seorang lelaki, hilang kawalan lalu terbabas di Kilometer 10.9 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke arah Subang, semalam

Menurut laporan, video kemalangan yang berlaku selepas susur ke Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) itu tular di media sosial, dipercayai daripada rakaman salah seorang pengguna jalan raya ketika melalui jalan sama.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bakti Kebokta itu, kelihatan lori terbabit dari lorong kanan, kemudian terhuyung-hayang sebelum terbabas memasuki lorong kiri, lalu terbalik.

Keadaan itu menyebabkan penunggang motosikal yang merakam kejadian itu terpaksa memperlahankan dan menghentikan kenderaannya secara tiba-tiba.

Tonton video penuh detik cemas insiden lori terbalik itu di bawah:

Ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif methamphetamine

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol dalam satu kenyataan, hari ini, mengesahkan kejadian itu yang berlaku jam 8.30 pagi itu.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, lori dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun hilang kawalan secara tiba-tiba kerana pemandunya dipercayai tertidur lalu terbabas.

“Selang beberapa minit kemudian, sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki dari arah yang sama gagal mengelak dan terlanggar lori berkenaan (tiada dalam rakaman).

“Bagaimanapun, lelaki berkenaan hanya cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Image via Bakti Kebokta (Facebook)

Image via Bakti Kebokta (Facebook)

Image via Bakti Kebokta (Facebook)

Jelas Ramsay lagi, ujian saringan air kencing mendapati pemandu lori itu positif methamphetamine.

“Suspek dibawa ke mahkamah hari ini untuk permohonan reman atas kesalahan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.

Beliau berkata, saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News