Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan, sesetengah haiwan nampak jinak luarannya tetapi bila dekat mereka akan menyerang anda secara tiba-tiba bukan?
Sama seperti haiwan seperti angsa, ramai yang fobia dan terus lari apabila jumpa angsa. Iyalah, angsa bukan saja pandai menyerang kaki orang, malah serangannya itu sakit.
Namun begitu, lain pula dengan video yang viral di TikTok apabila seorang wanita mendukung angsa seperti bayi telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sebab kami tak kawin lg, mak kami ganti dukung cucu dgn angsa #kampunggirl #jodohmanajodoh #life #kydfc
original sound – ѕ α נ ι ∂ κ н α и
Selamba angkat dan dukung angsa macam bayi
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berada di ladang angsa sambil melihat haiwan peliharaannya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah dia dilihat membelai dan mengusap angsa seolah-olah haiwan itu anaknya. Tambahan lagi, dia juga bertindak untuk mengangkat dan mendukung angsa itu.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Bila org tanya betul ke tak garang? #angsa #kampunggirl #kydfc #life
“Aku kalau nampak angsa dari jauh memang lari dulu weh” – Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tergamam melihat wanita itu. Malah, ramai yang berkongsi ketakutan mereka terhadap angsa.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 348K tontonan, 32K tanda suka dan 2K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fiey.adreena (TikTok)
Image via @fiey.adreena (TikTok)
Image via @fiey.adreena (TikTok)
Image via @fiey.adreena (TikTok)
Image via @fiey.adreena (TikTok)
Manja betul dengan tuannya, comel je tengok! <3
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik