HomeUncategorized"Work From Home, Masa Kena Lebih" - Majikan Jangan Ambil Kesempatan, Pekerja...

“Work From Home, Masa Kena Lebih” – Majikan Jangan Ambil Kesempatan, Pekerja Bukan Robot

Malaysia kini dalam fasa kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak ia dijalankan pada 18 Mac lalu

Image via jakpost.net

Sepanjang tempoh hampir sebulan ini, banyak aktiviti sosial terpaksa ditangguh serta dibatalkan malah pergerakan setiap individu juga perlu dibataskan untuk ke sesuatu tempat.

Bukan itu sahaja, ketika tempoh PKP ini berlaku, banyak syarikat mula mengambil langkah bekerja dari rumah atau work from home bagi memastikan arahan yang dikeluarkan kerajaan diikuti di samping menjaga keselamatan para pekerja.

Namun begitu, sepanjang musim bekerja dari rumah ini berlaku sudah pastilah ada sesetengah daripada kita yang berhadapan dengan beberapa masalah berbanding ketika bekerja di pejabat.

Seperti perkongsian yang dibuat Ir Abdul Rahman di laman Facebook miliknya, beliau menceritakan situasi sebenar yang berlaku kepada seorang individu susulan bekerja dari rumah

Menurutnya, beliau telah menerima satu pesanan peribadi daripada seorang individu yang menceritakan tekanan serta masalah yang dialaminya akibat bekerja dari rumah ketika ini.

Sejak ia dikongsikan, kisah tersebut telah mendapat lebih daripada 500 shares di Facebook dengan lebih 1 ribu tanda suka. Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Dah macam kerja 24 jam bila Work from Home

Image via Ir Abdul Rahman Bahasa / Facebook

SEBAB YOU WORK FROM HOME, MASA KERJA YOU KENA LEBIH DARI MASA KERJA DI OFFICE

Saya ada terima DM dari insan yg saya namakan A semalam:

Encik, saya fresh grad yg baru dapat kerja bulan February 2020 hari tu. Tup2 kena PKP pulak. So, sempat masuk office sekejap, pastu kena work from home. Masalahnya sekarang, saya dah macam kerja 24jam bila Work from Home.

WhatsApp kena SENTIASA ONLINE

Malam pun kena kerja

Weekend pun kena kerja

Kalau Boss WhatsApp kena fast respond

Boss saya cakap:

“SEBAB YOU WORK FROM HOME, MASA KERJA YOU KENA LEBIH DARI MASA KERJA DI OFFICE.

“Work from Home ni tak cukup 8pagi – 6petang sebab saya TAK BOLEH MONITOR you macam kerja di office.”

Padahal, saya deliver je apa yang perlu di deliver dalam masa 8pagi-6petang tanpa dimonitor oleh Boss saya. Ada sekali tu. Biasalah kan.. Dah seharian bekerja walaupun dari rumah. Saya pun perlukan rehat. Tiba2 Boss WhatsApp dalam group pukul 10malam mintak saya respond. Saya pun tak balas WhatsApp Boss saya sebab saya dah tertidur. Last-last ada WhatsApp besok harinya dari Boss saya dalam group kerja yg buat saya terasa hati:

“SESIAPA YANG TAK BOLEH BAGI KERJASAMA, TAK RESPON ON TIME. PINTU COMPANY SENTIASA TERBUKA UNTUK ANDA RESIGN.”

(What!!apa punya majikan ni!? Kata saya dalam hati)

Sambung A lagi.

Haritu, time saya solat. Saya pitam. Saya pun pergi klinik dan saya di diagnose menghadapi tekanan darah rendah. Doktor juga menasihatkan supaya saya rehat dengan secukupnya. Saya pun rasa saya tak cukup rehat. Asyik mengadap kerja je. Family pulak nasihatkan saya untuk saya resign. Tapi Encik faham2 lah sekarang ni. Susah nak dapat kerja. Apa perlu saya buat?

Itu luahan A kepada saya di DM.

Majikan perlu percayakan pekerja ketika ini dan lebih menghargai mereka

Image via therohani.com

KEPADA SAHABAT2 MAJIKAN SAYA

YA, saya juga seorang majikan.. Saya sangat faham yang kita sedaya upaya nak sustain company kita. Bila company kita sustain, kita dan perkerja boleh survive.

Lepas tu, kita kena maklum semua pekerja kita sekarang nak taknak akan perform sebab nak selamatkan diri. Kalau tak perform takut terima termination letter lak nanti.

TETAPI..kita sebagai majikan, jangalah AMBIL KESEMPATAN time macam ni.Tak boleh ke nak percaya pekerja sendiri?! TAK BOLEH KE KITA ADA SIFAT MENGHARGAI? As long as result had been delivered, i think it OK for me.

Pukul 8pagi-6petang, it OK kalau you nak jadi BOSSY. Tapi lepas time kerja hakiki. Cubalah jadi manusia yg ada empathy. Cubalah jadi manusia murni. Sedangkan robot pun ada masa dia hang. Ini kan pulak manusia!

Dalam keadaan PKP ni, kita kena support sesama sendiri. Bukan masa dok tekan pekerja sendiri. Kita ingat kita monitor performance mereka. Rupanya, kita dah introduce masalah mental kepada pekerja kita. So, hati-hatilah dalam tindakan kita ye.

Rakan sekerja pula perlu saling memberikan sokongan mental kepada kawan-kawan di kala memerlukan

Image via toodia.my

KEPADA PEKERJA PULA

Cuba deliver amanah yang diberi. JANGAN AMBIL KESEMPATAN keatas peluang yg diberi. Sejujurnya, YA. Susah nak dapat kerja sekarang ni. Tetapi ingatlah! Kesihatan diri tiada galang ganti…Bila anda sakit, satu apa pun tak guna lagi..

So, cuba dapatkan surat sokongan Doktor jika perlu. Dan discuss lah dgn Boss anda tentang masalah yg dihadapi. Jika anda stress. Cuba kawal depression diri anda. Positifkan diri.

Jika dah sampai limit. Beranikanlah mengutarakan apa terbuku di hati. Cerita dalam WhatsApp group dengan kawan2 sekerja supaya kurang sikit kekusutan di kepala tu. Kerana rakan sekerja je yg faham situasi anda dalam melaksanakan kerja yg diberikan..

Kepada rakan sekerja pulak, bagi lah sokongan mental kepada rakan-rakan anda di kala mereka memerlukan ya! Bukan demotivated lagi mcm bagi ayat2:

“KO NI LEMBIK LAH”

“BIASALAH TU, NAMA PUN KERJA”

“SYUKUR LAH WEI ADA KERJA”

Kemampuan mental setiap orang tu lain-lain. Jangan samakan mereka dengan anda! (jika anda jenis yg kuat mental lah…). Ayuh kita ke arah kesihatan mental yang lebih baik.

Sementara itu, ingat, patuhi arahan dan sila duduk di dalam rumah. Teruskan mengikuti perkembangan mengenai Covid-19 hanya di SAYS Seismik!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Artikel berkaitan:

Lagi artikel berkenaan #COVID2019 di SAYS Seismik:

Must Read

Related News