HomeUncategorized“Lebih Takut Kuman Dari Allah?” -Kisah Doktor Ditanya Soalan Sentap Oleh Pesakit...

“Lebih Takut Kuman Dari Allah?” -Kisah Doktor Ditanya Soalan Sentap Oleh Pesakit Covid-19

Penularan wabak Covid-19 di Malaysia semakin kritikal sehingga kerajaan akhirnya memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara

Dalam situasi yang getir ini, antara insan yang menjadi hero dalam memastikan setiap pesakit yang dijangkiti dirawat dengan sebaik mungkin sudah pastilah para doktor, jururawat, dan pegawai perubatan.

Pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini sudah pasti tidak mampu dibalas melainkan dengan hanya memberikan kerjasama dan mematuhi segala arahan yang diminta oleh mereka bagi memudahkan urusan dan keadaan semasa.

Sebagai antara individu yang menjadi frontliners dalam membantu menangani wabak ini, sudah tentulah mereka mengetahui apa yang terbaik untuk dilakukan ketika ini.

Namun seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang doktor, dia meluahkan rasa sedikit terkilan ketika cuba membantu menguruskan kes Covid-19 di hospital tempatnya bekerja

Menerusi satu posting yang dibuat seorang doktor di laman Facebook miliknya, dia menceritakan semula pengalamannya ketika berdepan dengan seorang ‘jemaah’ yang sedang menunggu bagi mendapatkan pemeriksaan bagi kes Covid-19.

Apa yang membuatkan dirinya tersentak adalah apabila dia cuba menegur individu tersebut untuk menjaga jarak (distancing) antara satu sama lain, dia bagaimanapun dibalas dengan satu respon yang kurang menyenangkan.

Untuk perkongsian penuh, teruskan membaca di bawah:

Menurut doktor ini, pada awalnya dia hanya berniat untuk bertanyakan kepada individu yang berada di bawah khemah tersebut sama ada sudah makan ataupun belum

Gambar sekadar hiasan
Image via sabahpost.net

Takut Kuman dari Takut Tuhan?

“Encik! Stop! Berdiri di situ. Jangan dekat dengan saya ya,” ujarku kepada seorang ‘jemaah’ yang berada di kemah – untuk kekalkan jarak (distancing).

Saya ke tempat mereka dengan niat untuk bertanya samada sudah makan atau belum sementara menunggu giliran.

Lalu salah seorang dari mereka berkata, “doktor lebih takut kuman berbanding Allah, ya? Kita ada Allah lah, doktor.”

Saya tersentap dan terkedu dengan soalan yang diajukan hanya kerana ingin menjarakan diri dari mereka.

Namun, saya terus menjawab, “Bukan awak sorang takut Allah. Saya pun. Sebab saya takut Allah lah, saya pikul tanggungjawab dan amanah ni (kerja merawat). Setiap hari saya kena mengadap COVID ni.”

“Oklah. Oklah.”

Oleh kerana saya tak mahu memanjangkan berbualan kami maka saya langsung bertanya, “encik-encik semua dah makan ke belum?”

“Belum”

“Nanti kami sediakan makan, ya.”

Saya berlalu pergi dengan segera.

Beliau mengakui berasa terkilan dengan respon tersebut lebih-lebih lagi apabila kesemua pakar perubatan ketika ini sedang bertungkus-lumus menangani wabak Covid-19 sehingga terpaksa meninggalkan keluarga tersayang

Gambar sekadar hiasan
Image via pakdin.my

Ya, saya terkilan dengan soalan itu kerana saya dan staff saya semua kepenatan menguruskan penambahan kes COVID-19 disamping menguruskan kes-kes yang sedia ada di Jabatan kami.

Saya sendiri membatalkan hasrat untuk bercuti untuk menguruskan mereka. Anak istimewa saya yang demam di rumah, anak sulung saya sendiri yang terkena serangan asma ketika ini juga saya tinggalkan demi menguruskan kalian.

Saya sendiri perlu sihat untuk menguruskan kes-kes COVID-19. Bukan sahaja kes COVID-19, malah pesakit-pesakit lain yang sedia ada di Jabatan Kecemasan seperti kes kemalangan, serangan jantung, jangkitan kuman-kuman lain, lelah dan sebagainya.

Ya, kami kakitangan kesihatan sanggup berdepan dan mendedahkan diri pada pelbagai kuman demi menjaga kemaslahatan dari jangkitan wabak, pelihara nyawa dan elakan perkara yang memudaratkan itu bukti kami takutkan Allah. Itu yang dituntut oleh Nya.

Kenapa saya dan rakan-rakan buat semua ini demi menyempurnakan kewajiban kerana kami takut kepada Allah.

“Jangan kamu campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.” (Surah al-Baqarah, ayat 195).

“Jangan kamu bunuh diri kamu, sesungguhnya Allah sangat kasih kepada kamu.” (Surah al-Nisa, ayat 29).

Ingkar arahan, akhirnya memudaratkan orang lain dalam masyarakat. Orang yang tidak mengikut perintah Allah itu sebenarnya pendosa.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri ketika berperang pakai perisai pertahanan diri. Adakah itu bermakna Nabi SAW takut akan musuh berbanding Allah?

Tawakkal tanpa ikhtiar untuk hindari wabak bukan Konsep sebenar tawakkal.

Kena ada usaha dan ikhtiar, seterusnya berdoa barulah berserah dan bertawakkal.

Kekalkan sosial distancing dan ikut perintah kawalan pergerakan. Jangan mangsakan orang lain. Jangan pentingkan diri sendiri.

Hargailah jasa frontliners yang sedaya upaya cuba membantu menangani wabak ini dari terus merebak. Tidak perlu pertikai apa yang diminta oleh mereka, cukup dengan hanya menurut arahan dan mengucapkan terima kasih.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel berkaitan COVID2019:

Must Read

Related News