Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hiking telah menjadi satu aktiviti sihat yang menyeronokkan apabila pergi beramai-ramai dengan kawan
Pelbagai cabaran yang perlu dilalui ketika naik bukit. Momen bersama rakan-rakan itu dijadikan kenangan yang terindah.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang gadis tidak putus asa untuk memujuk rakannya teruskan hiking telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
membe jarang tak lawak.
original sound – Nynaaaaaaaaaa – Nynaaaaaaaaaa
Member tak larat terpaksa duduk di tepi setelah dipujuk berkali-kali
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan gadis sedang berhiking di satu kawasan yang tidak dikenal pasti.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang rakannya terpaksa berhenti di tepi kerana penat dan tidak larat. Lebih menarik perhatian lagi apabila dua orang rakan memujuknya sambil mengatakan “sikit lagi, depan tu je”.
Gadis itu dengan selambanya menjawab “nanti sampai situ pun cakap sikit lagi, sikit lagi.” Rakannya pula memberitahu kira-kira 1.5 meter saja lagi untuk habiskan.
Jawapan gadis itu pula mengundang dekah apabila dia berkata “semeter panjang ni je tau, kau ingat aku bodoh ke, aku kerja Jakel lah, ukur-ukur kain.”
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
Alhamdulillah Membe sampai walaupon level 1 at least dia dah Cuba ok next kita akan p next level
original sound – Nynaaaaaaaaaa – Nynaaaaaaaaaa
“Ayat scam kalau pergi hiking, sikit lagi sikit lagi” – Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan jawapan gadis itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.6M tontonan, 208K tanda suka dan 6K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @nainossss (TikTok)
Image via @nainossss (TikTok)
Image via @nainossss (TikTok)
Image via @nainossss (TikTok)
Aduhai lawak lah, member kerja Jakel tau, jangan main-main bab ukur ni! 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik