Setinggi-tinggi bangau terbang, akhirnya hinggap juga di kerbau
Gambar sekadar hiasan.
Image via Travel Right
Bagi yang tidak tahu maksud peribahasa itu, ia bererti sejauh mana manusia bermigrasi atau merantau ke sesebuah tempat, pasti suatu ketika akan pulang juga ke kampung halaman.
Peribahasa ini mungkin lebih difahami dan dirasai oleh orang kita yang telah menetap di negara lain untuk tempoh yang lama.
Ramai orang tempatan kita yang berhijrah ke negara orang, sama ada untuk melanjutkan pelajaran, ataupun untuk mencari rezeki.
Tidak kiralah yang mana satu, buat mereka yang tinggal di luar negara itu, terutamanya yang sudah lama tinggalkan negara, pasti akan tiba saat-saat yang mana dia rasa rindukan tanah air.
Namun begitu, sama seperti kisahnya yang dikongsikan oleh seorang pengguna di laman Facebook ini, dia mahu pulang berbakti di tanah air setelah tinggal di Jepun selama lebih 11 tahun
Sebelum ini, tular kisah lelaki yang dikenali sebagai Ahmad Sabri mengenai perbezaan gaji yang ditawarkan di Jepun dan Malaysia.
Katanya, tujuan posting itu cumalah untuk mencari peluang kerja di Malaysia dan tak sangka begitu keadaan kerja di tanah air. Tambahnya lagi, dia tiada niat untuk memperkecilkan atau menghina sesiapa. Jauh sekali untuk bangga kerja di Jepun.
Walau bagaimanapun, dia tampil dengan posting terbaru di laman Facebook miliknya, dengan menjelaskan kenapa dirinya mahu pulang semula dan berbakti di Malaysia.
Berikut merupakan antara sebab-sebab utama yang dikongsikan olehnya:
1. Rindu negara Malaysia
Gambar sekadar hiasan.
Image via Utusan Borneo
Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang sekalipun.. saya tetap anak Malaysia.
2. Makanan di Malaysia
Gambar sekadar hiasan.
Image via SAJI
Duduk Jepun, asyik2 makan daging frozen, ayam brazil frozen. Kalau kaki jadi samba xpe gak. Tetap kaki bangku. Hahaha..Nak makan karipap. Kne uli tepung dlu baru boleh makan. Nak buat 2jam, 10minit abes ngap da.. penat dengan cycle ini.
3. Keluarga
Image via Ahmad Sabri / Facebook
Terlalu banyak majlis2 kahwin keluarga yang tak dapat hadir. Hubungan makin renggang. Ibu ayah makin tua dan uzur.
4. Suasana di Malaysia
Gambar sekadar hiasan.
Image via Mstar
Susah nak gambar. Tapi suasana Malaysia, angin Malaysia sangat dirindui.
5. Cuaca di Malaysia
Image via Ahmad Sabri / Facebook
Di Jepun 4 musim. Bila winter, sejuk yang amat, bila panas, rasa nak terbakar. Contoh hari ini, feels like 47℃. Suhu luar kereta 41℃. Baru jemur sket dah hitam da tangan.
6. Iklim khatulistiwa
Image via Ahmad Sabri / Facebook
Bila satu musim je, baju pun tak perlu susah-susah. Baju sejuk ka panas ka suam ka semua sama. Tayar kete pun tak perlu tukar.
7. Medical di Malaysia
Gambar sekadar hiasan.
Image via New Straits Times
Medical Malaysia adalah terbaik dunia. Bayar murah. Doctor power. Empathy tinggi. Pokoknya bukan dasar bisnes.
8. Solat jemaah dan solat Jumaat
Gambar sekadar hiasan.
Image via AP
Masjid yang sedikit agak sukar nk solat berjemaah. Lagi2 kalau berjalan..terpaksa solat di tepi2.. solat Jumaat pula, terpaksa ambil cuti untuk solat.. memang terasa nikmatnya dapat solat Jumaat.
Penulis doakan semoga semua anak perantau yang berada di luar negara ketika ini sentiasa dipermudahkan urusan.
Walau jauh di mana kita berada sekalipun, Malaysia tetap di hati 🙂
Image via GIPHY
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik