Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, jenama fesyen terkenal Balenciaga ditubuhkan pada tahun 1919 oleh artis Cristóbal Balenciaga dari rantau Basque Sepanyol
Malah, ianya juga merupakan salah satu jenama yang paling berpengaruh dalam industri fesyen. Jenama kini dikawal oleh Gucci, anak syarikat Kumpulan Kaiyun Perancis.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial Twitter apabila seorang penggunanya memuat naik ciapan berserta gambar mengenai sebuah beg tote keluaran Balenciaga yang mencuri tumpuannya.
Lihat ciapan penuh pengguna berkenaaan di bawah:
The new balenciaga Tote your thoughts on this pic.twitter.com/G3mUchhHs5
— Duchess (@yourgirlgift2) September 6, 2021
Beg tote keluaran Balenciaga itu didakwa mirip seakan-akan laundry beg yang ada di pasaran ketika ini
Sebelum ini, Balenciaga juga pernah tular mengeluarkan beg guna semula seperti beg Ikea yang mana rekaan dan warna memang lebih kurang sama seperti jenama syarikat yang mengeluarkan barangan rumah berkenaan.
Tetapi kali ini, jenama mewah itu sekali lagi mencuri tumpuan apabila memperkenalkan beg tote yang didakwa netizen mirip seakan-akan laundry beg yang ada di pasaran ketika ini. Walaupun begitu, tetapi harganya memang boleh buat ramai terkedu.
Hasil carian di laman web Matches Fashion, beg tote keluaran Balenciaga itu dijual pada harga £1,066 (RM6,115).
Image via Matches Fashion
Beg tote keluaran Balenciaga ini dijual pada harga RM6,115 di pasaran.
Image via @yourgirlgift2 (Twitter)
Pengguna di Twitter mendakwa beg tote keluaran Balenciaga seperti ‘laundry bag’. – Gambar sekadar hiasan
Image via @yourgirlgift2 (Twitter)
Adakah anda rasa beg tote keluaran Balenciaga ini sama seperti laundry bag?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik