1. LOKL
Image via @amet.salam (Instagram)
Image via @francis_nhq (Instagram)
Image via @owenchia_lifediary (Instagram)
Kafe ini sangat terkenal dengan hidangan brunch dan kopi mereka. Kafe ini cantik dengan interior mereka yang sedikit rustik, dan dinding hiasannya yang mempamerkan koleksi-koleksi pop-art lokal yang unik dan menarik.
Nikmati pelbagai juadah fusion menarik yang diinspirasi makanan Amerika, Perancis dan juga makanan Hainanese di sini. Antara hidangan yang paling popular di sini adalah Buttermilk Fried Chicken, Chicken & Waffles, Thai Breakfast Omelette dan Smoked Brisket Hash.
Alamat: LOKL Coffee Co, 30, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang (Setiap hari)
No. Telefon: +603-2072 1188
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
2. Merchant’s Lane
Image via @edwardwiyogo (Instagram)
Image via @spoiistraveller (Instagram)
Image via @nicyoong505 (Instagram)
Kafe ini adalah antara kafe yang terkenal dan tercantik di KL. Ia dipenuhi dengan hiasan berunsurkan flora dan fauna dan dihiasi dengan pelbagai perabut kayu dan rotan artisan yang menarik.
Bila di sini, jangan lupa untuk cuba hidangan-hidangan mereka seperti Italian Chow Mien yang merupakan sejenis spaghetti goreng yang dihidangkan dengan rendang ayam dan Hongkie Beef Stew yang dihidangan dengan kentang putar yang cukup berlemak.
Alamat: Merchant’s Lane, 150, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
11.30 pagi – 10.00 malam (Isnin – Jumaat)
9.30 pagi – 10.00 malam (Sabtu & Ahad)
Tutup setiap Rabu.
No. Telefon: +603-2022 1736
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
3. VCR
Image via @hearmac (Instagram)
Image via @deeka (Instagram)
Image via @wilburtleong (Instagram)
Jika anda peminat kopi, anda seharusnya kunjungi ke kafe ini yang memang pakar dalam membuat secawan kopi yang cukup kaw sekali! Kafe ini sangatlah cantik dengan tingkap besarnya yang memberi pemandangan pokok menghijau yang sangat indah.
Mereka menghidangkan pelbagai hidangan yang menarik seperti Soft Shell Crab Burger, Avocado Toast & Quiche Granola.
Alamat: VCR, 2, Jalan Galloway, Bukit Bintang, 50150 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.30 pagi – 11.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-2110 2330
Dapatkan maklumat lanjut di: Facebook
4. Jibby East
Image via @i_m_r_a_h (Instagram)
Image via @jw.geraldine (Instagram)
Image via @sexyjackson (Instagram)
Anda wajib kunjungi ke kafe ini jika berada di sekitar Taman Melawati. Anda pasti dapat mencuci mata dengan pemandangan hutan rimba yang mengelilingi kafe ini. Hiasan mereka sangat kontemporari dan menggunakan banyak perabut kayu yang membuat kafe sedap mata memandang.
Mereka menghidangan pelbagai juadah yang bertemakanbarat dan Asia Pasifik. Nikmati variasi hidangan mereka yang dari hidanganall-day breakfastke hidangan-hidangan pasta, pizza, burgers dan juga pelbagai pencuci mulut yang menarik
Alamat:Jibby East, Sunway Montana (U/C), 53100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.30 pagi – 10.30 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-4162 8050
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
5. Feeka
Image via @kencb7 (Instagram)
Image via @eunha_80 (Instagram)
Image via @kayli_ong (Instagram)
Jika anda hendak berlepak sambil mengulang kaji, bolehlah anda singgah ke kafe Feeka ini. Kafe ini bertemakan minimalis tetapi memang sedap dipandang mata. Anda boleh menikmati pelbagai hidangan brunch di sini seperti breakfast bowls dan pelbagai jenis pastri yang enak. Kafe ini juga terkenal di KL dengan hidangan kopi yang cukup kaw!
Alamat: Feeka Coffee Roasters, 19, Jalan Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 11.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +03-2110 4599
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
6. Naj & Belle Bangsar
Image via @ashwnx (Instagram)
Image via @liketati (Instagram)
Image via @cyik_m (Instagram)
Untuk para Instagrammers yang suka #OOTD, kafe ini khas untuk anda! Naj & Belle antara kafe yang paling menarik anda wajib kunjungi di sekitar Bangsar! Memang sedap mata memandang dengan interior kontemporari mereka yang bertemakan industrial minimalist. Anda pergi mana-mana sudut di kedai ini, memang ngam untuk nak tangkap gambar outfit anda!
Apabila di sini, jangan lupa untuk mencuba hidangan-hidangan popular mereka seperti squid ink spaghetti dan pulled duck spaghetti, manakala jika anda penggemar desserts, anda wajib cuba watermelon lychee cake mereka yang cukup menyegarkan!
Alamat: Naj & Belle Bangsar, Jalan Tandok, Taman Bukit Pantai, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
No. Telefon: +603-2201 7078
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
7. Breakfast Thieves
Image via @flampreia (Instagram)
Image via @zeanne.lxh (Instagram)
Image via @apple_walla (Instagram)
Terletak di APW Bangsar, Breakfast Thieves merupakan sebuah kafe yang berasal daripada Melbourne, Australia. Kafe ini sangat cantik dengan dekor kontemporari mereka yang menggunakan elemen kayu dan marble yang membuatkannya nampak moden dan elegan. Kafe ini juga mempunyai tingkap yang luas yang mendapatkan anda pemandangan luar yang penuh dengan pokok yang menghijau.
Seperti yang dikatakan namanya, kafe ini menghidangkan pelbagai juadah breakfast yang sedap dan unik seperti The Legend, yang merupakan hidangan stew telur pedas yang dihidangkan bersama beef bacon, cendawan dan garlic bread.
Alamat: Breakfast Thieves, 29, Jalan Bangsar, 5, Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Tutup setiap Isnin)
No. Telefon: +03-2788 3548
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
8. PULP By Palheta
Image via @vishaltheshark (Instagram)
Image via @guywithafuji (Instagram)
Image via @pulpbyppp (Instagram)
Kafe ini khas untuk anda yang peminat kopi! Terletak di APW Bangsar, kafe ini sangat cantik denganinteriorklasik mereka yang bertemakan kayu yang memberikan anda suasana yang warm and cosy. Bagi yang sentiasa lapar, anda boleh mendapatkan pelbagai hidangan sandwic, pasta dan salad di sini!
Alamat: PULP Papa Palheta, 29, 01, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
7.30 pagi – 10.00 malam (Isnin – Khamis)
7.30 pagi – 11.00 malam (Jumaat)
9.00 pagi – 11.00 malam (Sabtu)
9.00 pagi – 10.00 malam (Ahad)
No. Telefon:+03-2201 3650
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook
9. Botanica + Co
Image via @avabackpackers86 (Instagram)
Image via @victoriacheng96 (Instagram)
Image via @nourakg (Instagram)
Untuk anda yang suka dikelilingi dengan rimba yang menghijau, memang wajib anda kunjungi ke kafe ini yang mendapatkan inspirasi interior mereka daripada hutan tropika Malaysia! Kafe ini dipenuhi dengan tumbuhan-tumbuhan dan bunga-bunga orkid yang sangatlah indah dipandang sambil menjamu selera!
Antara hidangan yang para pengunjung selalu order di sini untuk adalah seperti hidangan Laksa mereka yang dihidangkan dengan udang galah dan telur burung puyuh. Tetapi jika anda hendak makanan western, anda juga diberi pilihan pelbagai jenis sandwic, pizza dan macam-macam lagi yang pasti dapat memikat selera anda.
Alamat: Botanica + Co, 8, Jalan Kerinchi, Bangsar South, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Operasi:
11.30 pagi – 10.00 malam (Isnin – Khamis)
11.30 pagi – 12.00 pagi (Jumaat)
9.30 pagi – 12 pagi (Sabtu)
9.30 pagi – 10.00 malam (Ahad)
No. Telefon: +6016-965 6422
Dapatkan maklumat lanjut di: Instagram | Facebook