HomeUncategorized "Rasa Tersentuh" - Ustazah Terharu Anak Murid Buat Surprise Beri Ucapan...

[VIDEO] “Rasa Tersentuh” – Ustazah Terharu Anak Murid Buat Surprise Beri Ucapan Hari Jadi

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Zaman persekolahan adalah zaman yang paling manis buat kita, di sinilah kita berkenalan dengan rakan-rakan dan guru-guru

Malah, ada sesetengahnya masih menghubungi rakan dan guru mereka itu. Sememangnya guru merupakan insan yang perlu dihormati ketika di sekolah. Mereka ibarat ibu bapa ketika kita berada di sekolah.



Baru-baru ini tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang ustazah menangis kerana terharu dengan kejutan yang diberikan oleh anak muridnya telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Bangga tengok anak2 murid yang sayang gurunya. Sumpah tersentuh pic.twitter.com/ShnAV22rBz

— Zack Rockstar (@zack_rockstar) September 12, 2021

Anak murid pakat tutup kamera masa kelas online untuk buat kejutan

Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan semasa itu seorang ustazah sedang menjalani kelas secara online bersama dengan anak-anak muridnya.

Namun, dia mula berasa hairan kerana dia langsung tidak boleh melihat muka anak-anak muridnya itu.

Dia kemudian memanggil mereka semua dan bertanyakan adakah line di rumahnya yang bermasalah kerana dia masih tidak dapat melihat mereka.

Tidak lama selepas itu, anak-anak muridnya mula membuka kamera masing-masing dan mula memberi ucapan selamat hari jadi sambil memegang kertas yang ditulis. Perkara itu membuatkan ustazah mereka terharu dan menangis melihatnya.

Image via @zack_rockstar (Twitter)

Image via @zack_rockstar (Twitter)

“Akhlak anak-anak murid adalah refleksi kepada akhlak ustazah mereka” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut tersentuh melihat suasana tersebut. Malah, ada juga yang mempersoalkan sama ada ini hanyalah lakonan atau tidak.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 61.1K views, 1,378 retweets dan 2,928 likes di Twitter.

Berikut adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Terharu tapi kenapa ustazah dia macam familiar selalu nampak berlakon drama

— Sulie (@suerosl) September 12, 2021

Betul nangis tgk tadi. Tersentuh

— aiensyamsul™ (@aiensyamsul) September 12, 2021

Akhlak anak anak murid adalah refleksi kepada akhlak ustazah mereka

— chill (@_soultz_) September 12, 2021

Bersungguh² Ustazah pangil anak² murid, dengan muka risaunya takut² anak² murid tak dapat dengar suara..satu kejutan padu dari pelajar

— Nisa (@_nisaa12) September 12, 2021

Betul … tersentuh dan sebak .

— Sir Sazly (@sirsazly) September 12, 2021

tersentuh jiwa aku.. selamat hari jadi juga ustazah

— j.e.i. (@jeiriko) September 12, 2021

Serious aaa macam berlakon tapi bergenang jugakla air mata.

— Stania (@Phatastix) September 12, 2021

Byk kali tgk pun masih sebak… Guru yang baik tetap dikenang & disayangi murid…

— DⓂD (@khalidayang) September 12, 2021

Haish, sape lah potong bawang ni

— Syahir (@msj5053) September 13, 2021

Tiba2 habuk kipas masuk mata

— Fitriey_Zuan#Lawan (@Kuaci_hangit) September 12, 2021

Alahai, sweet betul anak-anak murid dia buat kejutan untuk ustazah mereka 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News