HomeUncategorized6 Sahabat Cipta Rekod Kelilingi Pulau Langkawi Dengan Menaiki Basikal Sejauh 200...

6 Sahabat Cipta Rekod Kelilingi Pulau Langkawi Dengan Menaiki Basikal Sejauh 200 KM

Pulau Langkawi mungkin tidak asing lagi dijadikan sebagai destinasi pelancongan pilihan pelancong di Malaysia, mahupun dalam atau luar negara

Image via malaysiaattraction.com

Selain mempunyai lautan, pantai dan pulau yang cantik dan mempesonakan, Pulau Langkawi juga terkenal dengan kisah lagenda sejarahnya dan dianggap ‘lubuk’ coklat yang sedap dan murah. Malah, dijamin buat sesiapa sahaja yang tiba ke sini, pastinya akan menikmati percutian yang sangat menyeronokkan.

Seperti biasa, bila sudah tiba ke sini, pelancong akan menyewa kereta untuk mengelilingi pulau ini. Tetapi lain pula buat 6 sahabat ini yang menjelajah pulau lagenda tersebut dengan hanya menaiki basikal sahaja.

Image via Zulfadhli Zaki/Facebook

Image via Instagram @fazry.ismail

Image via Instagram @ghazali.kori

Hari kedua, mereka meneruskan perjalanan ke pekan Kuah, Langkawi. Setelah menjamu makanan tengahari di sana mereka meneruskan lagi perjalanan ke Pulau Tuba yang dikatakan mempunyai pemandangan yang sangat cantik.

Image via Fazry Ismail/Facebook

Image via Instagram @ghazali.kori

Image via Alli Akar Umbi/Facebook

Pada hari ketiga mereka berpatah balik ke pekan Kuah dan meneruskan perjalanan ke Makam Mahsuri. Sedikit berbeza dengan hari-hari sebelumnya, cuaca dikatakan sangat panas dan suhu mencecah antara 37-38 darjah Celcius.

Image via Instagram @ghazali.kori

Image via Instagram @ghazali.kori

…makan2 pastu kami terus grak.. 1st time kayuh kepala bergelegak.. sampai2 je terus terjun mandi. Lepas Mandi kami teruskan kayuh ke Pantai Chenang , singgah laksa power pastu dapat sempoiii punya bilik Kat Daddy Backpackers Chenang. Dah mlm, lepak tepi Pantai, jumpa kawan2..”

Image via Instagram @fazry.ismail

Buat hari keempat pula, mereka berbasikal menaiki Bukit Malut dan berpatah semula ke Chenang sebelum bergerak ke airport untuk meninggalkan Langkawi. Kira-kira sudah sejauh 200 km mereka berbasikal di sana.

Image via Fazry Ismail/Facebook

Image via Instagram @fazry.ismail

Image via Instagram @fazry.ismail

Selepas membaca kisah 6 sahabat ini, kami dapat rasakan pengalaman mengayuh basikal mereka selama 5 hari ini betul-betul menyeronokkan! SYABAS!

Image via giphy.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ingin melancong ke luar negara seorang diri? Baca 10 tips berguna ini:

Menarik di SAYS:

Must Read

Related News