Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Artikel ini ditaja oleh Ekuinas.
Tahun 2021 ialah tahun yang sangat mencabar bagi kita semua
Dengan pandemik yang melanda dunia, ditambah pula dengan isu lambakan graduan yang semakin kritikal; tahun 2021 kelihatan seperti sebuah mimpi ngeri!
Namun, tahukah anda pandemik bukan penyebab utama lambakan graduan di Malaysia? Antara faktor graduan tidak mendapat pekerjaan adalah kerana cenderung memilih pekerjaan.
Para majikan pula mengatakan kebanyakan daripada graduan tidak mempunyai kemahiran-kemahiran yang bersesuaian dengan pekerjaan yang diminta.
Image via Ekuinas
“Anda mempunyai potensi, kami sediakan kerjaya”
Graduan lepasan universiti tempatan kini mempunyai peluang terbaik untuk mengasah kemahiran yang ada dengan mengikuti ILTIZAM Professional Development Program (PDP) daripada Ekuinas.
Program ini bertujuan untuk membantu graduan bumiputera yang kurang bernasib baik dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
Program ini telah dilaksanakan oleh Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) setiap tahun sejak tahun 2012. Ekuinas adalah sebuah syarikat pelaburan berkaitan kerajaan.
Ini adalah 9 kelebihan jika anda mengikuti program ILTIZAM PDP:
1. Pengalaman latihan profesional semasa bekerja di syarikat yang ditetapkan
Image via Ekuinas
Ekuinas mempunyai syarikat-syarikat portfolio dan rakan kerjasama yang berwibawa di Malaysia dan anda berpeluang untuk berkerja di bawah syarikat-syarikat ini!
Menerusi on-the-job training yang ditawarkan oleh ILTIZAM PDP ini, anda akan diberi tanggungjawab yang bersesuaian dengan tahap pengajian anda.
Anda juga akan dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui pengalaman bekerja di syarikat yang ditetapkan.
2. Meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan
Image via Ekuinas
Anda merupakan graduan dalam bidang matematik tetapi terpaksa berkerja dalam bidang pemasaran. Boleh ke? Pasti boleh!
Sebagai graduan alaf baharu ini, anda harus mempunyai “transferable skills” atau kemahiran yang boleh dipindah milik dan kemahiran mengadaptasi yang tinggi.
Oleh itu, program ini menawarkan peluang untuk graduan berada di posisi pekerjaan yang tidak bergantung kepada bidang pengajian dan secara langsung dapat meningkatkan kebolehpasaran dan kebolehkerjaan graduan dalam industri profesional.
3. Latihan kemahiran yang intensif dan menyeluruh
Image via Ekuinas
Program ini bukan sahaja akan membekalkan anda dengan kemahiran praktikal di tempat kerja, namun turut menekankan kemahiran lain secara intensif dan amat menyeluruh.
Antara modul lengkap yang disediakan untuk para graduan ialah daripada penyedian resume sehingga ke panduan tatakerja. Malah modul jasmani dan rohani juga turut disertakan.
Latihan ini akan dijadualkan secara bulanan untuk mempersiapkan para graduan dengan kemahiran yang diperlukan mengikut keadaan semasa.
4. Sistem mentoring dan modul pembangunan kendiri
Image via Ekuinas
Kelebihan lain untuk program ini adalah anda tidak akan dibiarkan bersendirian begitu sahaja. Oleh itu, setiap daripada para pelatih akan berpeluang mendapatkan sesi bimbingan daripada mentor sama ada secara individu mahupun berkumpulan.
Menerusi kaedah ini, anda akan berpeluang untuk mengenalpasti minat dan matlamat hidup anda dengan bimbingan mentor yang berpengalaman. Selain itu, prestasi kerja anda akan bertambah baik dari masa ke masa melalui bimbingan mentor secara berterusan.
5. Kadar kejayaan yang cemerlang sejak 2012 untuk pelatih
Image via Ekuinas
Sejak dari tahun 2012, telah terbukti bahawa pelatih yang menyertai ILTIZAM PDP telah mendapatkan pekerjaan tetap sama ada di syarikat portfolio atau rakan kerjasama Ekuinas.
Seramai 507 pelatih sudah menjalani program ini dengan jayanya. Malah, statistik menunjukkan 85% pelatih berjaya mendapatkan pekerjaan tetap sama ada pada penghujung program ataupun setelah tamat program.
6. Mempunyai objektif yang konkrit dan bersesuaian dengan matlamat pelatih di bawah program
Image via Ekuinas
Di sebalik kejayaan program, sudah tentu ILTIZAM PDP mempunyai objektif yang jelas. Antara objektif yang selaras dengan matlamat pelatih adalah;
Pelajari dan kenali prinsip-prinsip membentuk individu yang sangat berkesan untuk mencapai kejayaan yang berkekalan.
Membangunkan budaya cemerlang dan memperlihatkan tingkah laku yang diperlukan untuk berjaya di tempat kerja dan kehidupan.
Jadilah duta besar dengan menunjukkan tingkah laku yang sesuai dengan jenama ILTIZAM PDP.
Membina harga diri dan keyakinan diri untuk mencapai kejayaan.
Membina ketahanan mental dan ketahanan untuk menghadapi kesusahan.
Ikuti transformasi digital, berikan hasil melalui teknologi dan sesuaikan dengan bekerja dalam bentuk baru.
7. Gaji yang kompetitif serta faedah yang menarik
Image via Ekuinas
ILTIZAM PDP sentiasa memastikan agar para graduan mendapat gaji yang bermaruah iaitu gaji yang bersesuaian dengan kelayakan pendidikan.
Oleh itu, program ini menawarkan gaji yang amat kompetitif setanding dengan gaji pekerja di syarikat-syarikat lain. Buat masa ini, gaji bulanan adalah RM2500.
Menariknya, faedah-faedah seperti KWSP dan PERKESO turut diberikan sepanjang anda berada dalam program ini.
Tambahan lain, anda juga akan diberi kemudahan seperti jaminan perlindungan insurans, cuti tahunan, kemudahan kesihatan di panel klinik Ekuinas.
8. Mempunyai syarikat portfolio dan rakan kerjasama Ekuinas yang pelbagai merangkumi sektor yang variasi
Image via Ekuinas
Bagi mereka yang berjaya ke progam ini akan berpeluang untuk berada di salah sebuah syarikat-syarikat protfolio dan rakan kerjasama Ekuinas daripada pelbagai sektor seperti Pendidikan, Gas & Minyak, Teknologi, Hiburan, Pelaburan dan Institusi Kewangan.
9. Testimoni daripada bekas pelatih yang telah menjalani ILTIZAM PDP
Kepada yang layak, jom mohon melalui online sekarang di sini. Permohonan tutup pada 30 September 2021!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik