Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Telatah anak yang semakin membesar sudah pasti menghiburkan hati para ibu bapa
Bukan saja mulut mereka yang banyak celoteh mula bercakap itu ini, malah perangai mereka juga sebenarnya saling tidak tumpah seperti si ibu atau ayah.
Sama seperti sebuah video di TikTok ini apabila telatah seorang kanak-kanak perempuan yang menghalang ayahnya untuk pergi kerja mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh tersebut di bawah:
Pak hang keje poslaju dik, mana boleh aunty uncle tolong doakan papa ayra ye ##fyp ##numiskincare ##tiktokviral
Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod
Bertegas tak bagi papa pergi kerja sebab bahaya dan risau akan wabak Covid-19
Menerusi perkongsian video daripada @natashapremium, kelihatan anaknya itu bertanya ke mana ayahnya mahu pergi sambil mencekak pinggang.
Apabila si ayah menjawab “pergi work”, kanak-kanak itu pantas berkata “Covid! Bahaya!”. Kemudian, dia mula menghentak kakinya menuju ke pintu konon tidak memberi kebenaran ayahnya pergi kerja.
Namun pada akhir video, si kecil itu terpaksa membenarkan ayahnya pergi kerja dan menutup pintu rumah mereka.
Image via @natashapremium (TikTok)
“Dik, kasi la papa pergi work. Kalau papa awak tak work aunty punya parcel and kedai macam mana” – Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 394K tontonan, 25K tanda suka dan 620 perkongsian di TikTok.
Rata-rata warganet turut terhibur melihat telatah si kecil itu yang menjaga ayahnya persis orang dewasa.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Image via @natashapremium (TikTok)
Bijaknya awak dik. Mesti ikut perangai mama dia ni suka hentak kaki lepas tu cekak pinggang 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik