Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Hijrah dalam diri manusia sering dikaitkan dengan titik perubahan seseorang yang kembali mencari fitrah diri dengan melakukan kebaikan, contohnya berhijab bagi kaum wanita
Sejak beberapa bulan lalu ramai golongan selebriti yang mengambil keputusan untuk mengubah penampilan diri mereka ke arah lebih sopan.
Sudah tentu penampilan mereka telah mendapat pujian netizen memandangkan ia bukanlah satu keputusan yang mudah dibuat.
Tahun ini saja terdapat 8 orang selebriti yang mengumumkan untuk berhijab sepenuhnya. Jom kita lihat senarai di bawah.
Berikut adalah 8 selebriti yang umum untuk berhijab:
1. Izara Aishah
Siapa tidak kenal dengan pelakon dan usahawan, Izara Aishah. Baru-baru ini dia telah mencuri perhatian apabila berkongsi penampilan dirinya yang kini bertudung labuh.
Bukan itu saja, dia juga mengambil keputusan untuk memadam semua gambar-gambar lamanya yang tidak bertudung di laman Instagramnya.
2. Siti Elizad
Siti Elizad mula tampil mengenakan tudung baru-baru ini sempena 1 Muharam selepas menerima hadiah selendang pemberian suami tercinta.
Walaupun dia menerima banyak komen kecaman yang menegur penampilannya yang menampakkan bahagian leher, tetapi dia menjelaskan dia akan cuba untuk secara perlahan-lahan dalam proses untuk menjadi lebih baik dan istiqamah.
3. Nana Mahazan
Penyanyi dan juga pengacara, Nana juga dilihat tampil dengan imej berhijab menerusi sebuah video berdurasi 30 minit yang dimuat naik dalam Instagramnya.
Menerusi video tersebut, Nana sedang mempromosikan produk sambal yang diusahakannya sambil ditemani suami.
Dia juga memberitahu yang sebenarnya dia tidak kuat bercerita mengenai penghijrahannya, namun bersyukur dan berterima kasih atas doa peminat selama ini.
4. Fieya Julia
Penyanyi Fieya Julia pula sudah lama berniat untuk melakukan penghijrahannya. Namun, dia mempunyai perasaan belum bersedia dan bimbang jika keputusan tersebut akan mengganggu perjalanan kariernya.
Akhirnya, pelantun lagu Perasaanku itu nekad dan mengakui sudah penat dengan hidupnya sebelum ini iaitu kerana tidak menutup aurat.
Sama seperti Izara Aishah, dia mengambil keputusan untuk memadam semua gambar tidak bertudung di laman Instagramnya.
5. Betty Rahmad
Betty Rahmad mula terdetik untuk melakukan perubahan setelah melihat anaknya, Ardy Wira apabila lancar mengaji Iqra, sedangkan dirinya yang sudah berusia masih merangkak-rangkak membaca al-Quran.
Malah, antara sebab lain adalah dia terkesan dengan pemergian rakan artis, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin yang menjentik hatinya untuk melakukan perubahan ke arah yang lebih baik.
6. Vicha
Vicha Saywho membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya pada 14 Ogos lalu selepas berasa malu dengan anak-anak kerana menyedari hanya dia yang belum berhijab berbanding ahli keluarga yang lain.
Dia juga turut meminta doa orang ramai agar dirinya dapat istiqamah ke arah yang lebih baik pada masa akan datang.
7. Elyana
Penyanyi Elyana mula mengambil keputusan untuk berhijab sejak pertengahan Jun lalu. Malah, ia telah menjentik hatinya apabila dia berkongsi telah menerima banyak tudung yang dihadiahkan oleh Allahyarhamah Siti Sarah.
Pemergiannya juga telah menjadi salah satu sebab mengapa dia mahu berhijab dan menutup aurat disamping memberikan kebaikan buat dirinya.
8. Farah Nabilah
Bermula memakai selendang, kini, pelakon drama Titian Cinta, Farah Nabilah mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya.
Dia dilihat memuat naik video dengan bertudung ketika mempromosikan produk bayi kegunaan anak lelaki iaitu Andre Omar menerusi laman Instagramnya.
Kami doakan semoga segala urusan mereka dipermudahkan dan terus istiqamah 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik