HomeUncategorizedNiat Nak Hantar Borang Nikah, Sekali Pasangan Ini Dapat Nasihat Khas Daripada...

Niat Nak Hantar Borang Nikah, Sekali Pasangan Ini Dapat Nasihat Khas Daripada Polis Trafik

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti mana yang kita tahu, urusan pernikahan bukanlah perkara mudah kerana perlu melalui pelbagai fasa sebelum ikatan itu sah

Tambahan pula dengan keadaan pandemik sekarang yang mengekang kita untuk ke hulu ke hilir dengan mudah kerana tidak boleh merentas daerah dan negeri, pasti akan melecehkan lagi proses pernikahan tersebut.

Namun, lain pula yang berlaku di dalam video viral ini apabila sepasang bakal pengantin mendapat nasihat daripada polis trafik menarik tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@rashidismailrashidismail

Nak hantar borang nikah je tempuh roadblock , dengar nasihat dulu dengan abang jpj ##fypviral ##fyp ##abang jpj

original sound – Rashidismail Rashidi

Nak hantar borang nikah, sekali kena tempuh roadblock

Menerusi perkongsian video daripada @rashidismailrashidismail, kelihatan dia ketika itu sedang menuju ke sebuah lokasi untuk menghantar borang permohonan nikahnya bersama pasangan.

Namun, mereka terpaksa melalui jalan yang mempunyai roadblock dan meminta izin terlebih dahulu daripada polis trafik dan menunjukkan bukti ingin menghantar borang nikah itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah apabila pegawai polis yang sedang bertugas semasa itu sempat memberikan nasihat kepada mereka tentang asam garam hidup berumah tangga dalam tempoh lima tahun pertama.

“Lima tahun perkahwinan adalah tempoh untuk mengenal. Jadi kita kena bersabar, kita yang lelaki kena kurangkan ego kita. Orang kata beras kita beli, tak semestinya kita betul. Lagi satu kalau nak tahu rezeki, jaga isteri. Jangan ada skandal. Jaga isteri inshaAllah ada rezeki. Lepas tu amalkan solat Dhuha,” nasihatnya.

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

“Bukan senang nak dapat abang trafik yang sporting. Banyak yang jumpa tegas je macam nak makan orang” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mendapat 737.4K tontonan, 88.7K tanda suka serta 7.6K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut kagum dengan cara polis berkenaan memberikan nasihat buat pasangan tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Image via @rashidismailrashidismail (TikTok)

Respect dengan abang polis ni, tak lokek bagi ilmu dan nasihat 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Must Read

Related News