Baru-baru ini tular di laman Twitter rakaman video seorang pemuda ditegur ibunya untuk solat tatkala sedang syok bermain gitar
Video berdurasi 30 saat yang dimuat naik @Tonycheani_ itu menunjukkan dirinya sedang bermain gitar sambil membuat cover bagi lagu Cinta Dalam Doa nyanyian asal Souqy Band dengan penuh perasaan.
Walau bagaimanapun, keasyikkan itu tidak bertahan lama apabila ‘diterjah’ oleh ibunya yang datang lalu memberikan kata-kata teguran memintanya berhenti bermain gitar dan segera menunaikan solat.
Image via Twitter @Tonycheani_
Image via Twitter @Tonycheani_
Yang lawaknya ialah daripada teguran itu, boleh kedengaran bahawa si ibu menganggap anaknya seolah-olah terlalu sibuk dengan duniawi. Beberapa kali si ibu menyebut perkataan ‘syaitan’ dalam tegurannya.
Namun menerusi bahagian caption pula, ternyata pemuda itu sebenarnya sudah pun menunaikan solat dan memohon maaf kepada ibunya.
Lihat video penuh di bawah:
MAK AKU TKTAU YANG AKU DAH SOLAT….Sorry mak i love u pic.twitter.com/fN8D8OCHy9
— TonyCheani (@Tonycheani_) December 28, 2019
Susulan dari tularnya video tersebut, rata-rata warganet memberikan reaksi mereka di bahagian reply tweet itu
Ramai warganet yang terhibur melihat respon balas yang ditunjukkan pemuda itu setelah ditegur ibunya. Mereka memuji cara dia menunjukkan hormat kepada ibunya dengan berhenti bermain gitar.
Selain itu, ada juga yang merasakan bebelan ibunya comel lebih-lebih lagi dengan kepekatan loghat utaranya.
Antara komen menarik daripada warganet:
Image via Twitter @Tonycheani_
Image via Twitter @Tonycheani_
Image via Twitter @Tonycheani_
Ada juga seorang warganet yang berkongsikan rakaman video ‘sebijik’ kena marah dengan ibu ketika sedang bermain gitar.
Same goes to me https://t.co/ptGGa45B2N pic.twitter.com/iA48eRVRl8
— nuraidira (@aidirarif) December 30, 2019
Itulah siapa suruh main muzik dekat-dekat nak waktu Maghrib, kan dah kena marah
Image via Giphy