“Cut Sugar 2 Minggu Pertama” – Wanita Ini Kongsi Tips Hilangkan Berat Badan Sampai 15kg

0
392

Bentuk badan yang ideal dan sihat menjadi impian setiap individu agar nampak lebih cergas dan menawan

Bagi yang ingin menurunkan berat badan pastinya pelbagai cara dan alternatif dilakukan untuk mendapat bentuk badan impian.

Namun, ia bukan hanya terletak pada kekerapan anda exercise saja tetapi pemakanan yang sihat dan seimbang juga penting untuk tempoh diet anda.

Seperti satu perkongsian oleh seorang wanita di Twitter ini telah memberi inspirasi dan tips bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan daripada 65kg hingga 50kg.

Sentiasa practice makan makanan yang sihat bukan untuk kurus semata

Wanita yang dikenali sebagai Atilia itu memberitahu dia berjaya menghilangkan 15kg daripada berat asalnya yang sebelum ini 65kg dengan mempratikkan diri makan makanan yang sihat.

Memulakannya pada awal Januari yang lalu dia amat berpuas hati dengan keputusan yang diambilnya kerana ia membuahkan hasil.

Tambahnya, dia mempratikkan untuk makan makanan yang sihat itu bukan hanya kerana mahu kurus semata-mata tetapi ingin kehidupan yang lebih terjaga dan sihat.

So basically i buat kat atas ni semua i hilang 15kg, 65kg-50kg. And i start bulan January 2020. But it depends on our body, lain body lainlah resultnya and sampai skrg i still practice to eat healthy sebab tujuan i buat ni untuk live healthy, bukan nak kurus semata

— Atilia (@4tilia) November 16, 2020

Image via @4tilia (Twitter)

Hampir semua makanan harian dimasak sendiri

Atilia juga turut berkongsi beberapa tips yang telah dilakukannya sehingga dia berjaya menghilangkan 15kg daripada berat badan antaranya:

1. Untuk dua minggu pertama cut sugar, masa cheat day saja minum air manis.

2. Kecilkan portion makanan kepada suku suku separuh.

3. Tukar rutin makanan harian kepada yang lebih sihat, hampir semua makanan dimasak sendiri dengan kaedah grill dan rebus.

4. Exercise. Bulan pertama exercise 5 kali seminggu, sekarang 3 kali saja seminggu.

5. Kalau rasa nak mengunyah, makan buah saja.

6. Air masak jangan tinggal.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet juga turut mengagumi tips yang telah diamalkan oleh wanita tersebut

Tahniah dik berjaya jd kurus..abg br niat nk jd kurus tp ramai yg dengki..diorg dtg rmh abg je bwk makanan sedap2..kdg2 tu diorg bwk abg mkn kt luar kedai yg makanan sedap2 plk tu..

— Am Faiz (@Afaizal2020) November 16, 2020

May i know what kind of exercise you did masa mula2? I kalau nak start workout sumpah pancits nak mampos. Pls help meeee

— namira (@amighaaaaaa) November 16, 2020

Cantiknyaa, nak kurus jugaklaa

— BARBIE (@MahirahRmln) November 16, 2020

You buat i motivated balik

— 5’4 qistUNA (@qstnaaaaaaa) November 16, 2020

Everyone can be like this!

— SpicyKoi (@koimorningstars) November 16, 2020

You go girl!!! congratulations, anyway

— (@amanianisss) November 16, 2020

Wow.. Awesome.. Congratulations dear.. Memang terbaik.. Bob kagum!

— Namikaze Minabob (@smilebob_) November 16, 2020

Doakan saya orang kuantan juga untuk berjaya kurus

— Bal (@Iqbal2Bal) November 17, 2020

Nak buat diet ni kena ada disiplin dan usaha baru berjaya 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: