Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum ketahui, sekarang negara sedang berada di fasa pengagihan vaksin buat seluruh rakyat Malaysia
Pengambilan vaksin boleh diambil di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat mengikut temu janji yang ditetapkan melalui aplikasi MySejahtera.
Baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan sebuah pasangan memakai baju nikah hadir ke PPV telah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Vaksin dulu baru kamu #fypnggak #fouryourpage
original sound – Muhd Arash – Muhd Arash
Dapat tarikh vaksin sama dengan tarikh nikah, pasangan ini bergegas ke PPV
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin hadir ke PPV untuk menerima vaksin dengan memakai baju nikah.
Apa yang menarik perhatian adalah apabila pasangan tersebut mendapat tarikh temu janji vaksin sama dengan tarikh akad nikah. Tanpa fikir panjang, pasangan itu bergegas pergi ke PPV dengan memakai baju nikah untuk hadir temu janji vaksin sebelum majlis nikahnya.
Image via @quinnnbiyy (TikTok)
Image via @quinnnbiyy (TikTok)
“Esok demam sama-sama, so sweet” – Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum dengan penampilan mereka. Malah, ramai yang tertanya-tanya bagaimana mereka dicucuk vaksin.
Ketika artikel ini ditulis, video itu mendapat 488K tontonan, 47K tanda suka dan 400 komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @syazwanabdrahmann (TikTok)
Image via @syazwanabdrahmann (TikTok)
Image via @syazwanabdrahmann (TikTok)
Image via @syazwanabdrahmann (TikTok)
Image via @syazwanabdrahmann (TikTok)
Rare gila! Mesti kenangan tu boleh diceritakan kepada anak cucu nanti 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


