Individu Terima Vaksin 2 Dos Lengkap Kini Dibenarkan ‘Rentas Negeri’ Dengan Syarat

0
287

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan kuarantin dan perjalanan untuk individu yang telah menerima vaksinasi lengkap di seluruh negara dan terpakai ke atas semua fasa di dalam Pelan Pemulihan Negara

Kemudahan-kemudahan yang dimaksud secara amnya adalah seperti berikut:

Image via Majlis Keselamatan Negara (Facebook)

Kerajaan juga turut bersetuju supaya aktiviti solat sahaja DIBENARKAN di masjid dan surau bagi Jemaah yang telah menerima vaksinasi lengkap

Kemudahan ini juga terpakai ke atas semua fasa dalam Pelan Pemulihan Negara. Antaranya ialah:

a. Pihak masjid dan surau perlu pastikan SOP berkaitan protokol kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan juga pastikan jemaah terus pulang setelah selesai solat.

b. Jemaah yang hadir untuk menunaikan solat MESTI menunjukkan kepada petugas masjid dan surau sijil digital vaksinasi Covid-19 (digital certificate Covid-19 vaccination) yang menunjukkan bahawa individu tersebut telah menerima vaksinasi lengkap.

c. Kemudahan ini juga diberikan kepada penganut bukan Islam untuk menghadiri rumah-rumah ibadat.

d. Pelaksanaan kemudahan ini adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara bagi Rumah Ibadat Selain Islam.

Image via Bernama

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, seseorang diiktiraf menerima vaksinasi lengkap tertakluk kepada jenis vaksin yang memerlukan dua dos iaitu:

Bagi vaksin jenis Pfizer, AstraZeneca dan Sinovac mestilah telah melepasi hari ke-14 dari tarikh suntikan dos kedua.

Manakala bagi jenis vaksin yang hanya memerlukan satu dos suntikan iaitu Johnson & Johnson dan CanSino individu berkenaan harus melepasi hari ke-28 dari tarikh suntikan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: