[VIDEO] Netizen Luah Rasa Marah, Aunty Ini Hanya Terima Upah RM10 Untuk Cuci 2 Buah Rumah

0
306

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semenjak negara berdepan dengan pandemik Covid-19 ini, ramai yang kehilangan punca pendapatan mereka

Sememangnya wabak ini tidak mengenal usia. Ramai yang telah menjadi mangsa, bahkan ada yang sehingga kehilangan orang yang tersayang.



Disebabkan itu, tidak semua aktiviti dan beberapa sektor boleh dibuka kerana perlu menjaga SOP dan keselamatan diri masing-masing daripada jangkitan wabak ini.

Tular baru-baru ini video di Twitter apabila seorang wanita berkongsi upah pekerjaan yang dilakukan oleh seorang aunty ini mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuci rumah seharian, upah cuma RM10.Beberapa hari lepas, waktu agihan bantuan dijalankan, team sukarelawan kami ternampak aunty ni dalam perjalanan pergi kerja.Kami maklumkan pada aunty yg kami nak bagi barang keperluan sikit, tapi kotaknya berat. Aunty pun ajak kami masuk. pic.twitter.com/ENreVUnjbk

— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) August 4, 2021

Ambil upah lakukan kerja membersihkan rumah, tapi harga yang diterima mengejutkan ramai

Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang wanita sedang melakukan kerja amal dengan memberi barangan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Kebetulan semasa itu mereka ternampak seorang warga India dalam perjalanan mahu ke tempat kerjanya dan terus singgah untuk berjumpa sekejap dengannya.

Mereka kemudian bertanyakan pekerjaan yang dilakukan oleh aunty tersebut dan dia memberitahu mengambil upah dengan membersihkan rumah. Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah harga upah yang diterimanya itu langsung tidak berbaloi dengan kerja yang dilakukan.

Aunty itu berkongsi dia menerima jumlah RM10 untuk mencuci dua buah rumah yang diberikan oleh individu tersebut.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sempat lah kami berborak sekejap dengan aunty sementara angkat kotak nak bagi.Kami ingatkan satu rumah yang aunty tu bersihkan untuk dapat upah RM10, rupanya 2 rumah.Allah sedihnya. pic.twitter.com/RRd6FpBfMv

— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) August 4, 2021

Kongsi bawa bekal nasi kanji + garam untuk kenyangkan perut

Dia juga menunjukkan bekal yang dibawanya ke tempat kerja semasa waktu rehat. Kelihatan hanya nasi kanji dan garam saja dibuat sebagai perasa untuk menampung kelaparannya.

Situasi itu membuatkan dua orang wanita itu terkejut dengan apa yang dikongsikan oleh aunty tersebut.

Menurut aunty itu dia yang tinggal bersama kawannya tidak mempunyai pekerjaan dan disebabkan itu dia sanggup menerima apa saja pekerjaan setakat ini.

Dia juga berterima kasih kepada dua orang wanita berkenaan kerana telah memberinya sedikit barangan bantuan untuknya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

Nasi kanji + garam je buat perasa.Telur pun takde.Jangan kata ayam, daging atau ikan pic.twitter.com/eajGltIOkV

— Aisyah Shahid (@aisyahshahid) August 4, 2021

“Gila betul orang ambil kesempatan. Kesiannya tindas orang susah” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati mereka terhadap aunty tersebut. Malah, ramai yang meluahkan rasa marah mereka kepada individu yang memberikan upah itu kerana tidak bertimbang rasa.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 409.9K views, 3,495 retweets dan 4,067 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:

Wehhh cuci macam mana ni rm10??? Kakak aku pernah cuci rumah orang Rm250 satu rumah ya Allah

— Dayang (@JiejaRoss) August 4, 2021

Agak-agak la RM10 kau nak bagi utk dua rumah. Bertimbang rasa la. Jangan aniaya orang macam ni.

— Kinnn (@Nrash_7) August 4, 2021

Gila betol org ambil kesempatan. Org indo pun letak harga rm70 utk 4 jam. Kesiannya tindas org susah.

— #FreePalestine (@syxsyxno) August 4, 2021

Kalau upah buang sampah je ok la rm10 je. Macam dia ambik plastik sampah pegi buang kat tong sampah besar. Ok la nak bayar harga tu. Ni kemas seluruh rumah. At least rm50/rmh utk kemas sapu2 je ke. Even musim skrg semua tak mampu nk bayar mahal2 kalau ye pon timbang rasa jugak la

— armachiavelli (@arma_AK) August 4, 2021

RM10 tu upah buang sampah je patutnya. Cuci sebuah rumah at least RM50, tu pun bukan spring cleaning, kemas biasa2 je. Moga yg amik kesempatan akan ditimpa kesempitan.

— wnamierah (@wnamierah) August 4, 2021

Sini dalam rm60 kena charge bersih Rumah by Indonesian for 4 hours Rm10 utk 2 rumah is exploitation

— Soy Halima, no estoy tranquilo.. peleemos! (@nurhalimatun) August 5, 2021

paling takleh tengok kalau tengok makcik makcik dah tua or auntie yang beruban tapi still kena buat kerja berat berat. nampak sedih . semoga kekal tabah

— (@syazawain) August 4, 2021

Sedih bila tengok perkara macam ni. At least bertimbang rasalah sikit dengan harga upah dia tu 🙁

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: