Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum tahu, sekarang kerajaan sudah pun membenarkan proses vaksinasi untuk dirakam oleh semua individu
Disebabkan itu, ramai yang tidak melepaskan peluang mereka untuk merakam detik-detik bermakna itu lalu dikongsikan di media sosial.
Malah, ada juga yang siap merakam proses mereka ketika mendapatkan suntikan tersebut untuk dibuat kenangan nanti.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter ini apabila seorang gadis dengan selamba meminta seorang pak cik merakam videonya di pusat vaksinasi mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
HAHAHAHA ni paling tak reti malu! She wanted to make a vaccine journey video tapi takde orang nak recordkan so dia bantai je mintak tolong pakcik mana tah recordkan pic.twitter.com/aPuZJ5bznv
— Elz (@ElynaSyaznii) July 30, 2021
Tiada kawan masa datang vaksin, terpaksa minta tolong pak cik tak kenal
Menerusi video tersebut, seorang gadis berkongsi momen lucu tentang rakannya itu terpaksa meminta tolong seorang pak cik untuk merakamnya.
Pada mulanya kelihatan gadis itu berkongsi detik semasa dia divaksin. Tetapi, sebaik saja habis suntikan vaksin itu, dia menjadi bingung kerana tidak tahu ingin meminta tolong siapa untuk mengambil videonya di booth gambar.
Tidak lama kemudian, dia meminta tolong seorang pak cik tak dikenali untuk merakam dirinya. Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah dia berkongsi belakang tabir apa yang terjadi semasa mahu merakam video berkenaan bersama pak cik itu.
Dia juga sempat memberi arahan kepada pak cik tersebut tentang bagaimana cara untuk mengambil video yang dimahukan. Selesai rakaman dia mengucapkan terima kasih kepada pak cik itu.
Image via @ElynaSyaznii (Twitter)
Image via @ElynaSyaznii (Twitter)
“Aku nak minta tolong amikkan gambar pun segan apatah lagi video” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat mereka berdua. Malah, ada yang memuji tingkah laku pak cik itu yang sporting melayannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 309K views, 13.1K retweets dan 21.4K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
This is my friend @tashabashah dia memang sempoi suruh je buat apa apa dia jarang tak onz cute cute tapi keberanian dia lain macam hahahaha
— Elz (@ElynaSyaznii) July 30, 2021
somehow I admire her passion and courage.She asked for assist with simple instruction and she was polite with the uncle.I wish I had her courage
— Blake (@BlakeCononly) July 30, 2021
Kebelakang kebelakang, mahu sampai rumah pakcik tu bawa balik. Btw cute doh!
— amir (@amirandhislife) July 30, 2021
Alaaaa apa comey sangat ni dua2!!! Aku nk mintak tolong amek kan gamba pun segan apatah lagi video. Yg tolong amek gamba pun kadang2 herot la blur la.
— fie (@iamFISCH) July 30, 2021
Ya Allah i yang tersengih sorang sorang tengok video ni. Cutenyaaaa!
— . (@izzvty) July 31, 2021
hahahhahaha comel jelah pakcik tu melayan yang penting cakap dgn pakcik ni dia sopan
— YB Samira (@Syamierarosl) July 30, 2021
Inilah namanya effort. The effort of asking strangers to help you out. And respect to the pakcik for being so sportingggggg!
— Uncle Andy | nasihat (@shafikismail) July 30, 2021
Comel je.. tapi quite nice pakcik tu ambikkan video Unsung hero.
— nazrinalhadid (@nazrinalmaliki) July 30, 2021
Hahaha tu la jadinya bila tkde orang nak tolong record kan
— Shila Alisha (@TheShila81) July 30, 2021
Hahaha nothing to be malu about having this kind of confidence & personality, not one bit. In fact, its something many people would want to have.
— Ari (@okamiari) July 31, 2021
Beginilah jadinya bila tiada kawan nak tolong rakamkan. Terpaksa tebal muka nak dapat momen manis 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


