Hidangan ini popular di restoran makanan laut gaya Cina di seluruh Malaysia. Selain sotong, ia juga boleh dipelbagaikan dengan udang atau ketam. Adunan kering dan lembap masin ini disatukan dengan sos lemaknya memang menyelerakan.
Sebenarnya, masakan ini agak mudah dimasak dan bahan-bahannya sedang didapati.
Jadi apa kata, jom kita cuba resepi sotong telur masin tengahari ini.
Bahan-bahan
- 4kg sotong, dibersih dan dipotong 1cm hingga 1.5cm lebar
- 1 cawan tepung uji
- 1 cawan tepung beras
- 6 tangkai daun kari
- 6 biji kuning telur masin yang sudah dimasak dan disejukkan
- 125g mentega tanpa garam, pada suhu bilik
- ¼ sudu kecil garam
- 1 ½ cawan minyak masak
Cara memasak sotong
- Campurkan tepung ubi dan tepung beras, gaulkan untuk digunakan sebagai adunan kering.
- Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Jika kuali anda cukup panas, minyak akan menjadi panas dalam beberapa saat. Jika tidak, biarkan ia mencapai suhu 180°C hingga 200°C.
- Masukkan beberapa kepingan sotong ke dalam adunan tepung tadi dan salut teliti dengan lapisan yang sedikit tebal. Jangan lupa salut bahagian dalam sotong juga.
- Masukkan sotong yang sudah disalut tadi ke dalam kuali. Goreng hingga berwarna perang sedikit, kira-kira 1 hingga 2 minit. Lakukan langkah ini sedikit demi sedikit. Jangan masukkan terlalu banyak sotong sekaligus.
- Goreng semua sotong sehingga selesai.
- Alih sotong yang sudah dimasak ke dalam penapis.
- Kemudian, gunakan tapis lain untuk keluarkan semua sisa goreng adunan dari minyak.
Cara memasak sos
- Panaskan kuali dan tutup api. Masukkan mentega, kacau sehingga cair.
- Bila mentega hampir cair, pasangkan api kembali dan goreng daun kari dengan cepat.
- Apabila daun kari sudah rangup, parut kuning telur masin ke dalam kuali.
- Kacau untuk cairkan kuning telur ke dalam sos. Gunakan pemukul untuk membantu kuning telur masin hancur. Masukkan garam.
- Cuba hancurkan sebanyak mungkin ketulan telur masin
- Bila sos berwarna perang keemasan yang cantik, masukkan sotong yang telah digoreng kembali ke dalam kuali dan kacau. Lambung supaya sos boleh melapis sotong dengan teliti. Anda juga boleh menambah sedikit adunan yang telah digoreng untuk lebih kerangupan.
- Masukkan sotong yang sudah disalut ke dalam pinggan hidangan. Hidang terus dengan nasi panas.
Tips tambahan
- Jangan salut semua sotong dengan adunan sekaligus. Ini bagi mengelakkan adunan menjadi basah kerana air dari sotong.
- Amat penting untuk keluarkan sisa adunan gorengan dari kuali sebelum menggoreng sotong seterusnya. Jika anda meninggalkannya, adunan akan terus digoreng dan terbakar. Ini akan menjadikan sotong rasa terbakar.
- Elakkan kegunaan mentega bergaram kerana kuning telur masin dan garam sudah mencukupi. Tidak suka sotong anda terlalu masin? Jangan masukkan garam.
- Kuning telur masin lebih mudah diparut bila sejuk dan akan menghasilkan kepingan yang lebih halus.
- Jika anda suka sotong telur masin yang sedikit manis, masukkan ½ sudu gula semasa membuat sos.
- Jangan tuang semua sos ke dalam mangkuk hidangan atau sotong akan menjadi lembap terlalu cepat dan hilang kerangupannya.
- Hidang sos secara berasingan atau simpan untuk dimakan kemudian dengan apa sahaja yang anda kehendaki – seperti lebih sotong goreng, pasta kosong, roti kukus atau nasi panas!
- Sekiranya anda sedang merancang hidangan makanan anda, sotong telur masin hebat dengan hidangan masakan Cina yang lain termasuk daun salad dimasak dalam sos tiram atau bawang putih, telur goreng biasa dan ikan kukus.
- Elak menghidang dengan masakan masin yang lain kerana anda ingin hidangan ini bersinar
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]