HomeNEWSPLKN: Perlu atau tidak?

PLKN: Perlu atau tidak?

Program Latihan Khidmat Negara dihentikan pada 2018 selepas 15 tahun. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pakar ekonomi dan kesihatan berkata, tidak masuk akal melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) buat masa ini kerana ia memberikan beban kewangan yang tidak perlu kepada kerajaan dan menimbulkan kebimbangan mengenai kesihatan.

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mencadangkan program itu dihidupkan semula, dengan menyatakan pelaksanaan PLKN sebelum ini memberi kesan baik kepada pembentukan patriotisme remaja.

Yeah Kim Leng, ahli ekonomi di Institut Asia Tenggara Jeffrey Cheah berkata, ketika program itu dilaporkan menelan belanja RM8.4 bilion antara 2004-2015, “menghidupkannya ketika kita memerangi pandemik tidak digalakkan. Mengkaji semula terlalu cepat tanpa melihat keberkesanannya akan mengurangkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan. ”

Yeah Kim Leng.

Beliau berkata, lebih baik wang kerajaan digunakan untuk menangani pengangguran golongan belia, yang disebutnya sebagai “satu masalah yang menjejaskan golongan belia hari ini.”

Program perantis dan penempatan kerja yang disasarkan boleh digunakan untuk memupuk perpaduan nasional dan keharmonian etnik melalui kepelbagaian di tempat kerja, mencapai tujuan dinyatakan Ismail Sabri dan juga menggunakan perbelanjaan lebih kecil.

Ahli ekonomi lain, Barjoyai Bardai dari Universiti Tun Abdul Razak berkata, perubahan besar mesti dilakukan terlebih dahulu kepada format PLKN.

Barjoyai Bardai.

Beliau mencadangkan penekanan yang lebih besar dalam “membentuk anak muda untuk memasuki kerjaya keusahawanan” daripada latihan fizikal dan nasionalisme.

Keperluan untuk menempatkan pelatih dalam sebuah kem tunggal juga harus dipertimbangkan semula, kerana beliau melihat sebagai kawasan utama di mana kos dapat dikurangkan, mempersoalkan mengapa peserta perlu tetap berada di situ selama tiga bulan.

Dr Subramaniam Muniandy.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr Subramaniam Muniandy berkata, sekatan yang dikenakan untuk mencegah penyebaran Covid-19 menjadikannya “tidak praktikal” untuk memperkenalkan semula PLKN.

“Banyak aktiviti memerlukan kerja berpasukan di mana anda perlu dekat antara satu sama lain, tetapi penjarakan fizikal perlu diawasi. Lebih-lebih lagi, dalam suasana hutan, anda perlu saling berdekatan untuk keselamatan. ”

Beliau turut mempersoalkan adakah pelatih akan mendapat akses ke rawatan kesihatan yang betul jika mereka berada jauh dari bandar.

Must Read

Related News