Lebih 4K Ulang Kicau, Lelaki Ini Kongsi ‘Step-By-Step’ Cara Pagar Rumah Agar Syaitan Lari

0
656

Umat Islam sering disarankan untuk memagar kawasan sekiranya memasuki rumah baru. Ini bertujuan mengelakkan daripada diganggu makhluk selain manusia.

Hanya kerana makhluk-makhluk ini tidak boleh dilihat dengan pandangan mata kasar tidak bermakna mereka ini tidak wujud. Sudah banyak kisah yang didengari mengenai rumah yang didiami oleh makhluk-makhluk ini, sudahnya menyebabkan kehidupan penghuni rumah tidak tenteram. 

Disebabkan itu jugalah, umat Islam sering mengadakan kenduri doa selamat di rumah baru ataupun memanggil ustaz untuk memagar rumah bagi mengelakkan perkara-perkara seperti ini berlaku. 

Kenduri bacaan doa selamat.
Image via Google

Tahukah anda bahawa tidak sukar pun jika ingin memagar sendiri kawasan rumah?

Lelaki dikenali sebagai Jebat_165 berkongsi di laman Twitter miliknya step-by-step cara untuk memagar rumah. Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 4 ribu retweets dan 5.1 ribu likes. 

Baca perkongsian penuh di bawah:

Cara pagar.First Halau.Azan didalam rumah..Tidak perlu 4 penjuruCukup sekadar warning dahulu.Bukan niat nak mencederakan sekadar memberitahu kita akan menginap dirumah itu. Dan kita menjadi tuan rumah tersebut.Lakukan selama 3 hari berturut2. pic.twitter.com/8viU3PrtcF

— AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) (@jebat_165) February 26, 2020

Step ke duaBersihCuci rumah berkenaan dengan air kolah masjid dan sebelum nak cuci rumah bacalah surah Albaqarah terlebih dahulu ala 3 juzuk je.. Around bawah 2 jam dah selesai..

— AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) (@jebat_165) February 26, 2020

Lepas tu baru basuh rumah dengan air kolah masjid.Dan dah selesaiKalau nak guna garam dan lada hitam terpulang bg aku bergantung keadaan.Kalau rasa dah tenang lepas membaca surah albaqarahIn sha ALLAH dah tak ada apa dah dalam rumah

— AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) (@jebat_165) February 26, 2020

Step last pagar.Sila azan di 4 penjuru. Tidak perlu pun 4 orang tapi asalkan azan itu tidak putus.Kalau tak reti nak buat sila lah panggil perawat rawatan islam(ok cara aku dah bg tau. Sebab nampak ada orang mention pagi td. Uhuk)

— AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) (@jebat_165) February 26, 2020

Dia juga sempat menjelaskan kepentingan menggunakan air kolah masjid untuk membasuh rumah

Ok ada yang tanya kenapa air kolah masjid.Kenapa tak air paip.Kenapa tak sirap je sedap sikitKenapa tak air coke campur mentos boleh buat main buih..Ok banyak sangat kenapa kan.. Ni aku jawab

— AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) (@jebat_165) February 26, 2020

Sifat air adalah merakam.Jadi air kolah masjid didengarkan azan 5kali sehari. Jadi merakam bacaan doa merakam bacaan surah yg imam baca. Dan tak kurang merakam bacaan doa dari orang yang berwudhuk.So ni la kelebihan air kolah masjid.

— AKU SANG PENDOSA (SIJAHAT) (@jebat_165) February 26, 2020

Bagaimanapun, ada warganet yang berbeza pendapat dan berkongsi petikan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang amalan sebelum dan selepas memasuki rumah baru

Tlg bagitahu sape yg ajar mcm ni? Nah rujukan dari Sahibus Samahah Tuan Mufti Wilayah @drzul_albakri ttg amalan pagar rumah: https://t.co/vyPSXJEWNj

— Assalamualaikum (@farizshahir) February 28, 2020

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tiada amalan khusus yang diperintahkan syarak ketika memasuki rumah namun jika mengharapkan keselamatan dan perlindungan ALLAH SWT, maka dianjurkan untuk melakukan empat perkara iaitu membaca surah Al-Baqarah, menunaikan solat sunat keluar dan masuk rumah, Membaca bismillah, berzikir dan berdoa ketika membuka dan menutup pintu dan yang terakhir adalah memberi salam. 

Sebenarnya, memagar rumah ini bukanlah perkara yang dituntut dalam Islam. Jadi, terpulang kepada individu sama ada mahu melakukannya ataupun tidak tapi seelok-eloknya, buatlah ya.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini: