Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menempah bouquet untuk memberi kejutan kepada yang tersayang
Kini, ramai yang membuat perkhidmatan penghantaran bouquet seperti jambangan bunga, jambangan duit, jambangan coklat dan sebagainya. Baru-baru ini, jambangan duit mendapat sambutan yang hangat untuk dijadikan hadiah surprise.
Namun begitu, tular sebuah video yang memaparkan duit terbang gara-gara kanak-kanak membuka reben jambangan duit di depan rumah mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Haaaa kan…..dah terbang lain kali bukak reben tu kat dalam rumah pic.twitter.com/tsuQxB2g2j
— Abang Skema (@iNerd__) July 7, 2021
Tak sempat nak capai duit, sekali semua terbang
Menerusi video yang kemudian tular di Twitter, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan telah mendapat sebuah hadiah bouquet daripada keluarganya.
Apa yang lebih lucu lagi adalah apabila dia bertindak tidak sabar dan terus membuka reben di depan rumah. Sebaik saja reben dibuka, belon yang diikat bersama duit itu terbang ke atas. Kanak-kanak perempuan itu dilihat hendak mencapai duitnya namun tidak berjaya.
Image via @coklatsurprise_melaka (TikTok)
Image via @coklatsurprise_melaka (TikTok)
Image via @coklatsurprise_melaka (TikTok)
“Kesian dia umur 9 tahun dah merasa perit terlepas rezeki depan mata” – Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan video tersebut. Malah, ramai yang bersimpati dengan adik itu kerana tidak dapat merasa duit yang dihadiahkan.
Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 22K tontonan, 9K retweets, 1K quote tweets, 8K likes di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
sapa yg dapat ni mmg namanya duit jatuh dari langit
— niza (@niezaminan) July 7, 2021
Ey aku penat lah tengok bideo macam ni taktahu nak kesian ke nak gelak HAHFHFJHEUW
— hurrem (@mikatroye) July 7, 2021
Duit tu akan dapat ke ayah pin.. mohon adik bersabar
— aпшäг шанıDї™ (@anwar_wahidi) July 7, 2021
Inilah yang orang kata keseronokan yang sementara. Kalau bukan rezeki kita, lalu lah depan mata pun, memang bukan kita punya. Tapi ni rezeki dia sebab belon tu jatuh balik ultramen dekat atas tolong pecah kan belon tu.
— RU (@kucingmontel96) July 7, 2021
Kepada si seller atau si pembeli tolong la nanti ingatkan supaya letak pemberat kat hujung duit tu , tolong lah aku merayu
— Rose. (@PariPariUgly) July 7, 2021
Nanges klau kawan bg ribu ribu
— Syafiq Ariffin (@markyariffin) July 7, 2021
Aku harap belon tu selamat mendarat di johor. Lebih spesifik depan rumah aku
— . (@hlmatussaadiah_) July 7, 2021
KALAU AKU DAH MELOMPAT GILA KAU DUIT RUGINYAHH AHAHAHAHA
— Kucen (@kucenmeow) July 7, 2021
Hahahahahahahah wehhh kesian tapi aku dah tergelak
— Mikkkkkkk (@MiFarhana) July 7, 2021
Rezeki siapa la tu ,harap dapat pada org yg memerlukan ,tapi bila belon tu nk letop tah
— mynameisamar (@aamaruf2619) July 7, 2021
the real definition of duit terbang
— VL4D (@u999lyassmf) July 7, 2021
Takpalah dik, bukan rezeki. Lain kali kita rasmikan dalam rumah je tau :’)
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


