Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak dinafikan bahawa sesetengah orang memiliki tubuh badan yang sihat dan kelihatan awet muda walaupun sudah berusia
Antara faktornya adalah seperti keturunan, sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan pengambilan makanan yang sihat.
Begitu juga dengan kisah wanita berusia 72 tahun ini yang tular di media sosial baru-baru ini, Vera Wang yang juga merupakan wanita berdarah Asia kelahiran New York ini begitu awet muda dan semakin menarik perhatian warganet.
Berkongsi gambar sambutan hari jadinya di Instagram, Vera Wang yang tampil dengan gaunnya yang anggun itu kelihatan seperti masih dalam lingkungan usia 40-an.
Lihat posting penuh yang dimuat naik olehnya di bawah:
Vera Wang kelihatan bersahaja mempamerkan bentuk badan yang masih langsing meskipun memasuki usia senja
Vera Wang atau nama sebenarnya Vera Ellen Wang dilahirkan pada 27 Jun 1949 telah meraikan hari jadinya dengan rakan-rakan pereka fesyen lain di New York baru-baru ini, dengan nama-nama besar seperti Calvin Klein dan Donna Karan yang turut hadir ke majlisnya.
Vera Wang pernah menjadi editor majalah fesyen Vogue selama 17 tahun sebaik tamat pengajian di universiti. Dia kemudiannya meneruskan kariernya dengan bekerja bersama Ralph Lauren sebelum mula mereka gaun pertamanya pada usia 40 tahun.
Walau sudah berusia lanjut, penampilan fesyen orang muda pada dirinya menyebabkan ramai tak percaya bahawa dirinya sudah berusia lebih 70 tahun.
Image via @verawang (Instagram)
Vera Wang at 72! pic.twitter.com/aHyah9UkBo
— Naija (@Naija_PR) July 3, 2021
“Bagaimana ini boleh berlaku? Dia kelihatan lebih muda dari bekas kekasih saya” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen pula mendapati, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka tidak menyangka umur wanita itu 72 tahun dan dia juga nampak lebih muda daripada umurnya.
Berikut di bawah antara komen menarik daripada netizen di media sosial:
Scientists have proved that age is reversible
— MMJ, ACIB (@HolyMikel) July 4, 2021
how is this even possible? She looks younger than my ex
— PapaCrocs (@PapaCrocs) July 4, 2021
Asia doesn’t age
— Fejiro • Asian Cuisine Enthusiast (@thecheffej) July 3, 2021
— Boy (@Simply_ECIA) July 3, 2021
So Vampires are real
— Manuel Einstell (@manueleinstell) July 3, 2021
You meant 27?
— michael atanarich (@obasefe) July 3, 2021
Wtf, she’s that witch in tangled
— Ayolabi (@Ayobie_) July 4, 2021
I’m surprised but she’s So gorgeous mahn!
— Lagos Mobile Massage (@Queentee_E) July 4, 2021
She looks good though
— Gem Wilson (@GemWilson6) July 4, 2021
I had no clue Vera Wang was 72
— (@wifeyy2be) July 4, 2021
Vera Wang, the fashion designer is now 72 years old and she does not look at all 72.
— asano-tweets-quarantine year 2 edition (@pensinthedesk) July 7, 2021
Wow!!! Vera Wang at the age of 72 with these gorgeous and handsome men… pic.twitter.com/xNsMw1kZT3
— Miss Mattis (@MissMattisTeach) July 3, 2021
Ada tak para gadis dan wanita dekat luar sana yang menangis tengok gambar nenek ni? 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik



