Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sering menerima nasihat cinta daripada rakan-rakan terdekat bukan?
Kadang kala bukan saja nasihat cinta, kita juga menasihati rakan kita soal cinta apabila mereka sedang mengalami masalah dengan pasangan.
Tular baru-baru ini video seorang remaja memberi nasihat cinta kepada rakannya tetapi ayatnya kurang difahami mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
4 hari 4 malam tak tidur cuba fahami apa dia kata. pic.twitter.com/OHFLtn6vyw
— ms. dee (@nurdayana_arif) June 30, 2021
Sakan bercakap sehinggakan ayat berterabur dan tidak difahami mesej yang cuba disampaikan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurdayana_arif di Twitter, kelihatan seorang remaja sedang merakam rakannya di parking lot.
Apa yang lebih menarik adalah apabila rakannya itu sakan memberikan nasihat cinta tetapi satu apa pun tidak difahami. Mesej yang cuba disampaikan membuatkan semua meninggalkan tanda soal dan tertanya-tanya maksud sebenar pemuda itu.
Image via @nurdayana_arif (Twitter)
Image via @nurdayana_arif (Twitter)
“Weh apa yang cuba dia sampaikan ni, cuba translate sikit yang power sastera tu” – Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki tersebut. Malah, ramai yang cuba untuk menjelaskan mesej sebenar yang hendak disampaikan oleh lelaki itu.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 617K views, 8K retweets, 7K quote tweets dan 8K likes di Twitter.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Oh rasanya faham. Sebab dekat sini ada yang guna term “perempuan di tebuk tupai”. So dia rela dipanggil buaya sebab buaya kan setia bila dah ada pasangan, kalau tupai nanti dia lompat “tebuk” sana sini sampai abang jamil mampos. Begitulah kisah abang ni yang mendalam maksudnya.
— هانيس صالح (@Hanisalleh__) June 30, 2021
Bagi yang tak pasti kenapa ada tupai lompat2 kat situ. Sebenarnya dia nak maksudkan peribahasa kat bwh ni.Buaya secara semulajadi nya ialah haiwan yg setia. Jadi bagus la jadi buaya drpd tupai lompat2 tebuk kelapa.Tapi itulah. Praktis la sikit skrip tu sebelum rakam bang pic.twitter.com/F6D5yAfrEr
— Nub buat kelas RM3/sesi (@NoobJepun) July 1, 2021
Lebih baik jadi buaya sebab kalau buaya dia ngap, dia setia tak lepas-lepas dah. Tapi kalau tupai lepas ngap dia lompat-lompat pergi ke buah lain sampai abang jamil mamps. Betul ke tak? Aku main taram je ni hahaha
— Jenab je (@kakjenab) June 30, 2021
@_shafiqhaikal mad tlg explain skit, 5 kali dh aku ulang tk dpt tangkap lg
— (@zikriekmz) June 30, 2021
Ooo kalau buaya lepas ngap dia makan terus habis sekali ngap kira setia la. Tp klo tupai makan kan tinggal2. Gigit sket pastu g lompat pokok lain. Gitu keee? Hahahaha
— nabila razak (@bellerazak) June 30, 2021
same anergy dengan yg penceramah tu weh tak faham satu hapak pun
— batrisyia (@fatinbtrsyiaa) June 30, 2021
Dia nak muliakan buaya berbanding tupai.. budak2 amanjaya ni.. banyak makan satey semeling
— Jack Sparring (@caeytakda) June 30, 2021
Berapa kali aku tengok ni sial
— aexl (@acapabo) June 30, 2021
Bang.. emm aku bkn apa la.. kalau ltk org bt bhsa isyarat kat video tu, mau terkeliat tgn member nak translate silap2 dia raver terus 2 3 kali jgak aku ulang nak paham pun. Aku pun pening bang oi, abg ni nk abg jamoi ka abg jamal? Nervous ka tu?
— CappucinoHazelnut (@weydaharlem96) June 30, 2021
Ada sesiapa yang dapat tangkap tak apa yang dia cuba sampaikan?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


