#KempenBenderaPutih: Ini Yang Anda Perlu Tahu & Lakukan Sebagai Rakyat Malaysia

0
484

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Ramai yang terkesan dalam fasa pandemik ini akibat penularan wabak penyakit Covid-19

Dalam situasi yang cukup menggusarkan ramai ini, terdapat segelintir orang yang jadikan pembunuhan diri sebagai jalan terakhir untuk melepaskan bebanan yang ditanggung selama ini. Buktinya, seramai 10 orang telah mengambil jalan tersebut di Pulau Pinang dalam tempoh 5 bulan pertama semenjak PKP akibat pandemik Covid-19. 

Melihatkan keadaan yang sangat menyedihkan dan merisaukan semua rakyat, kita semua perlu berganding bahu untuk menolong antara satu sama lain supaya mereka tidak terbeban dan mengambil langkah yang silap. 

Gambar sekadar hiasan.
Image via @amisyuuuu98

#KempenBenderaPutih dilaksanakan untuk menolong antara satu sama lain

Tidak dinafikan, masih ada sesetengah rakyat Malaysia yang tiada sumber wang pencarian, masih ada yang terbeban dan terpaksa mengikat perut. Golongan inilah yang perlu kita bantu untuk menjamin kelangsungan hidup.

Namun begitu, ada juga yang malu untuk tampil meminta bantuan. Oleh sebab itu, inisiatif #KempenBenderaPutih adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

Melalui #KempenBenderaPutih ini, rakyat Malaysia boleh meminta bantuan dengan mengibarkan bendera putih bagi memaklumkan kepada umum bahawa mereka memerlukan bantuan dan sokongan hidup.

Lihat posting penuh di bawah:

Kepada semua yang susah dan tiada makanan, naikkan bendera putih di kediaman anda.Biar orang sekeliling pakat bantu sedikit sebanyak yang termampu.Tolong jangan ambil tindakan yang meremukkan hati orang yang tersayang.Tak perlu merayu, tak perlu malu. Kibar saja bendera pic.twitter.com/BGy7muxcMc

— Hafizol Hakami (@HafizolHakami) June 28, 2021

“Malaysia berganding bahu, rakyat tolong rakyat” – Netizen

Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan inisiatif kempen ini. Malah, ramai yang sedia membantu untuk menjamin kelangsungan hidup rakyat. 

Ketika artikel ini ditulis, posting berkenaan telah meraih 14K retweets, 247 quotes tweets dan 6K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan reaksi netizen terhadap kempen tersebut:

Saya Sokong #KEMPENBENDERAPUTIH inisiatif kecil ini mungkin dapat membantu mereka yg betul2 terkesan dengan pelaksanaan PKP oleh #kerajaan ketika inijgn berdiam, naikkan shj bendera putih di depan rumah, kita semua akan faham jika semua memainkan peranan #RakyatJagaRakyat pic.twitter.com/uDH5Cs30pe

— (@saidussyahiran_) June 28, 2021

Take “Kita tolong kita” to the heart

— Hamsah Fanzuri (@pied_pipper76) June 28, 2021

Let us help each other to survive and go through this difficult stage!

— horwai (@horwai2) June 29, 2021

What a beautiful campaign, Malaysians!

— Mimi Anuary (@AnuaryMimi) June 29, 2021

What a brilliant idea! Let’s help each other

— Makie Yung (@MakieYung) June 29, 2021

this campaign is so heart-warming. so everyone yg sngt terdesak untuk survive just kibarkan #benderaputih or anything warna putih so that jiran2 boleh tolong apa yang patut. this is time for us to take care ourself and our community. let’s bring back #rakyatjagarakyat pic.twitter.com/r20AmKQbiu

— #freepalestine (@hanasuhana00) June 28, 2021

Don’t know about you guys, but I find that this #BenderaPutih helps. We all struggling financially amid the pandemic, some of them suffer more. Be aware of your surrounding, be a helping hand. We can’t help everyone, but everyone can help someone. Lets help the white flags. https://t.co/IOpS4kP1BZ

— (@___missdyra) June 28, 2021

#BenderaPutih doesn’t mean you are accepting defeat or failing miserably. You’re just ‘calling for back up’. We are here for you.Stay strong.

— Jisnukvitran Vejayaindren (@jisnukvitran) June 28, 2021

I may not lead a luxurious life but I will try my best to support #benderaputih. The government may have failed you, but let’s not let humanity die. I urge all the youth of Malaysia to support your friends and neighbours during this tough time. We are in this together.

— Jisnukvitran Vejayaindren (@jisnukvitran) June 28, 2021

When you cant hold onto the higher ups, all you can do is to be there for each other. Stay strong, malaysians! I know yall will get over this issue with strength & unity! #benderaputih

— ลม (@geumjidynasty2) June 28, 2021

Prihatin sungguh rakyat Malaysia, sama-sama berganding bahu membantu mereka yang memerlukan 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: