HomeNEWSGugur amalan rundingan terus dalam perolehan kerajaan, kata badan pemikir

Gugur amalan rundingan terus dalam perolehan kerajaan, kata badan pemikir

Analisis dijalankan oleh IDEAS terhadap projek rundingan terus dalam laporan ketua audit negara dari 2014 hingga 2018 menunjukkan peraturan yang sedia ada tidak dilaksanakan dengan baik. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) menggesa dasar rundingan terus dalam perolehan kerajaan dikaji semula.

Institut itu berkata amalan rundingan terus tidak membantu dalam menangani isu rasuah dan salah urus, selain menambah bahawa Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan yang bakal dibentangkan menawarkan memberi peluang untuk berbuat begitu.

Ia berkata demikian dalam penerbitan kajian bertajuk “Improving Direct Negotiation Rules in Malaysia: Learning from Current Practices and International Laws”.

Dalam kenyataan, IDEAS berkata, meskipun peraturan sedia ada yang mengendalikan rundingan terus meliputi langkah yang bertujuan memastikan kontrak dilaksanakan dengan bertanggungjawab, mencapai nilai untuk wang dan memupuk persaingan yang adil, namun ia kekurangan syarat ketelusan.

IDEAS menyenaraikan beberapa cadangan, termasuk semakan terhadap dasar semasa, penggunaan “rundingan berdaya saing” sebagai alternatif kepada model rundingan terus dan pengasingan jelas antara kuasa dan tanggungjawab birokrat dan ahli politik dalam amalan perolehan.

Selain itu, ia juga menggesa supaya sistem kajian semula disertakan dalam Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan yang bakal dibentangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS Tricia Yeoh berkata, kertas berkenaan adalah sebahagian inisiatif IDEAS untuk menyumbang kepada rancangan kerajaan untuk memperkenalkan perundangan perolehan menjelang 2023, seperti yang dimandatkan Pelan Anti Rasuah Nasional 2020.

“Rundingan terus merupakan satu kaedah perolehan yang diperlukan untuk menangani keperluan penyampaian segera perkhidmatan.

“Walaupun begitu, jurang yang terdapat dalam peraturan sedia ada menghasilkan kelompongan yang boleh dieksploitasi oleh individu yang mempunyai kuasa untuk kepentingan mereka.

Satu analisis yang dilakukannya terhadap projek rundingan terus dalam laporan ketua audit negara dari 2014 hingga 2018 menunjukkan peraturan sedia ada tidak dilaksanakan dengan baik.

IDEAS mengenal pasti beberapa pelanggaran peratuan dalam proses kelulusan, kelayakan kontraktor dan proses rundingan.

Ia juga mengulangi gesaannya supaya maklumat mengenai rundingan terus disiarkan sebelum dan selepas eksesais perolehan.

Must Read

Related News