HomeNEWSAustralia pecat anggota tentera terlibat bunuh orang awam di Afghanistan

Australia pecat anggota tentera terlibat bunuh orang awam di Afghanistan

Minggu lalu, pihak berkuasa Australia mendedahkan hasil siasatan mengenai sekurang-kurangnya 39 insiden pembunuhan orang awam oleh pasukan khas negara itu di Afghanistan. (Gambar Bernama)

ANKARA: Pihak berkuasa pertahanan Australia memulakan proses untuk memecat anggota rejimen perkhidmatan khas elit yang terlibat dalam pembunuhan 39 orang awam Afghanistan, lapor agensi Anadolu menurut media tempatan pada Khamis.

Anggota berkenaan menerima notis penamatan tugas daripada Jabatan Pertahanan, lapor ABC News.

“Pihak pertahanan mengesahkan mengambil tindakan pentadbiran terhadap sejumlah anggota Angkatan Tentera Australia mengikut undang-undang dan dasar pertahanan,” kata seorang jurucakap.

Minggu lalu, pihak berkuasa Australia mendedahkan hasil siasatan mengenai sekurang-kurangnya 39 insiden pembunuhan orang awam oleh pasukan khas mereka di Afghanistan.

Hasil siasatan itu mendedahkan, terdapat maklumat sahih menunjukkan tentera Australia membunuh orang awam dan tahanan di Afghanistan.

Seramai 25 anggota yang masih bertugas atau bekas tentera terlibat dalam jenayah berat itu, sama ada melakukan kesalahan atau sekurang-kurangnya menjadi “aksesori”.

Minggu lalu, Panglima Angkatan Tentera Australia, Jeneral Angus Campbell mengemukakan permohonan maaf kepada rakyat Afghanistan.

“Kepada rakyat Afghanistan, bagi pihak angkatan tentera Australia, saya dengan memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan tentera Australia.

“Saya bercakap dengan rakan sejawatan saya di Afghanistan, Jeneral (Yaseen) Zia, untuk menyampaikan permohonan maaf ini,” katanya.

Must Read

Related News