Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Apabila tiba hari kelahiran orang kesayangan, pasti muncul pelbagai idea untuk menyambut dan membahagiakan mereka bukan?
Tambahan lagi jika orang itu ibu bapa kita. Walaupun situasi sekarang tidak mengizinkan kita untuk menyambut dengan makan bersama-sama dengan orang yang tersayang, tetapi masih terdapat macam-macam cara untuk happykan mereka.
Sebagai contoh, dengan memberikan kejutan dan memesan makanan untuk mereka. Baru-baru ini tular video di TikTok apabila seorang anak prank ibunya dengan lambakan hutang mencuri perhatian netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tujuan rakaman bukan tuk aibkan sape2…Sampai nyonsong umah orang tuanya nak setel hutang… video pnjang..t smbung lg…
original sound – Realperfume_withjunsyawalina – Realperfume_withjunsyawalina
Tipu menyamar sebagai peminjam duit, rupa-rupanya nak surprisekan mak cik
Menerusi video yang dimuat naik oleh @junsyawalina, kelihatan dia menyamar sebagai peminjam duit yang ingin menagih hutang anak kepada mak cik yang berada di dalam video.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mak cik itu kelihatan sabar dan lembut berkata-kata walaupun sebenarnya dia pelik dan musykil mengapa anaknya berhutang dengan orang sehingga RM10k.
Mak cik berkenaan siap ajak peminjam tersebut masuk rumah dan bincang. Tidak lama kemudian, setelah berbincang, wanita yang menyamar itu memberikan jambangan belon dan buah-buahan yang dihadiahkan oleh anaknya.
Anak menantu buat hal tapi maknye tetap lmbut tanya keadaan anak menantu…sabarnya mak dia… cik @sunshine.zuraly dah hbs sabar dah time ni…
original sound – Realperfume_withjunsyawalina – Realperfume_withjunsyawalina
Reply to @tengku_quden tengok sampai habis taw…jgn skip…sure korang rindu mak korang cam akk rindu mak akk…..Hargailah emak selagi ada….
original sound – Realperfume_withjunsyawalina – Realperfume_withjunsyawalina
“Tiba-tiba hati aku jadi hati tisu” – Netizen
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut gembira melihat mak cik itu. Malah, ada yang mendoakan kesejahteraan mak cik berkenaan.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 40K views, 900 likes dan 44 comments di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @junsyawalina (TikTok)
Image via @junsyawalina (TikTok)
Image via @junsyawalina (TikTok)
Image via @junsyawalina (TikTok)
Image via @junsyawalina (TikTok)
Hm, jadi auto sebak. Hargailah ibu selagai ada! 🙂
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


