“Ambil Peluang Daftar Segera!” – Warga Emas Masih Boleh Tempah Vaksin AstraZeneca Hari Ini

0
467

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kepada warga emas yang masih belum menerima vaksin Covid-19, anda kini berpeluang untuk membuat tempahan bagi vaksin AstraZeneca sekarang di website JKJAV

Sebelum ini, tempahan vaksin AstraZeneca telah dibuka kepada orang awam pada 2 Mei 2021 melibatkan 268,000 orang terawal di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Untuk kali ini, tempahan vaksin AstraZeneca hanya ditawarkan kepada warga emas menerusi konsep first-come, first-served atau siapa cepat dia dapat.

Tempahan vaksin ini boleh dibuat secara atas talian mulai 23 Mei 2021 melalui laman web http://vaksincovid.gov.my.

Image via JKJAV (Facebook)

Vaksin AstraZeneca adalah vaksin yang selamat untuk warga emas

Ianya telah dibangunkan melalui kerjasama AstraZeneca dan Universiti Oxford.

Vaksin ini telah diuji dan menunjukkan keberkesanan yang tinggi dalam ujian klinikal di United Kingdom dan Amerika Syarikat bagi mencegah penyakit yang teruk, kemasukan ke hospital dan kematian.

Vaksin ini juga telah diluluskan oleh Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sebagai salah satu vaksin yang selamat dan berkesan terhadap jangkitan COVID-19 bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas.

Image via Bernama

Panduan pendaftaran untuk warga emas yang berusia 60 tahun dan ke atas

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan untuk mendapatkan vaksin AstraZeneca ini, terdapat beberapa syarat tempahan yang perlu dipenuhi iaitu:

Untuk membuat tempahan vaksin ini, sila ikuti langkah-langkah berikut seperti di bawah:

Image via JKJAV (Facebook)

Untuk maklumat lanjut, sila layari website JKJKAV atau klik di sini. Selamat mendaftar dan membuat tempahan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: