eBelia: RM150 Kredit Boleh Ditebus Mulai 1 Jun Di 4 Platform eWallet Ini

0
418

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berita baik buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia yang berusia 18 hingga 20 tahun

Hal ini kerana anda bakal menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa).

Penebusan kredit eBelia boleh dibuat mulai 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz melalui Facebook rasmi beliau baru-baru ini.

Image via Tengku Zafrul (Facebook)

Dalam pembentangan awal, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan kredit eWallet sebanyak RM50 menerusi Program eBelia ini.

Namun, selepas itu kerajaan telah mengumumkan bersetuju untuk meningkatkan jumlah kredit eWallet kepada RM100.

Menerusi Pemerkasa, kerajaan sekali lagi telah membuat keputusan untuk menaikkan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.

Kategori belia yang layak membuat penebusan RM150

Image via Kementerian Kewangan Malaysia (Facebook)

Penebusan kredit eWallet menerusi Program eBelia ini hanya layak untuk belia dalam kategori berikut:

mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 (lahir pada 2001-2003)

belajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar

Dalam pembentangan Pemerkasa tersebut, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021.

Tarikh penebusan kredit bermula dari 1 Jun 2021 hingga 22 Julai 2021 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai 2021.

RM150 boleh ditebus melalui 4 platform eWallet yang terpilih

Setakat ini, pihak kerajaan masih belum memaklumkan cara untuk membuat penebusan kredit menerusi Program eBelia ini.

Walau bagaimanapun, penebusan boleh dibuat menggunakan aplikasi eWallet seperti di bawah:

Gambar sekadar hiasan.
Image via Soya Cincau

Ini caranya untuk anda tebus RM150 daripada mana-mana 4 platform eWallet yang terpilih:

Untuk maklumat lanjut, anda boleh saja layari laman web Belanjawan 2021: Program eBelia!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: