Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pasti anda pernah melihat video-video yang memaparkan bagaimana ayat pickup line mampu membuat seseorang tersenyum lebar kan?
Tidak dinafikan, trend memberikan pickup line ini pernah menjadi ikutan ramai suatu ketika dulu.
Kebiasaannya ia dilakukan oleh seorang lelaki kepada seorang perempuan. Tetapi, ada juga yang menggunakan kepada rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain bagi membuat mereka tersenyum.
Sama seperti video perkongsian yang tular baru-baru ini di laman Twitter apabila seorang guard lelaki tidak semena-mena memberikan pickup line kepada wanita ini.
Lihat video penuh itu di bawah:
Hhahaahah smooth bang guard ni pic.twitter.com/Wb1MWPQr9q
— Marshall Lee. (@itsafifyalll) May 9, 2021
Sibuk tanya jalan tapi di akhir pertanyaan pula dapat pickup line
Menerusi video tersebut, kelihatan beberapa orang wanita sedang bertanyakan arah jalan kepada seorang pengawal keselamatan yang bertugas di situ.
Pengawal keselamatan itu kemudian menerangkan jalan yang harus diambil oleh kumpulan wanita berkenaan. Tetapi, apa yang lebih menghiburkan adalah selepas habis pertanyaan oleh mereka, lelaki itu kemudian memberikan ayat pickup line kepada mereka.
Kejadian itu membuatkan kumpulan wanita tersebut tergelak kerana terhibur dengan gurauan yang diberikan oleh pengawal keselamatan berkenaan.
Image via @itsafifyalll (Twitter)
Image via @itsafifyalll (Twitter)
“Nampak dia happy dengan kerja dia” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur selepas melihat video tersebut.
Malah, ada yang menyifatkan cara lelaki itu sangat smooth dan dia kelihatan gembira dengan kerjanya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 181.2K views, 7,005 retweets dan 9,979 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
“sejak dari tu lah bapak kamu start bermain difikiran mak”
— Yoiii (@yoiiinjmie) May 9, 2021
Hahahahha how i met your mother
— Marshall Lee. (@itsafifyalll) May 9, 2021
Wkskak smooth ane. Nampak dia happy dengan kerja dia
— (@alialmuntazar_) May 9, 2021
he really love and enjoy his job.
— Saje (@emirzainall) May 9, 2021
Mantap cokkkkkkkk
— (@ahmdmhmn0) May 9, 2021
This vid..made my day!.. comey je.. hahah
— you (@Faiza2709) May 9, 2021
Terhibur lah sikit hati ni yang tak dapat balik kampung.
— LOFA (@lofaziah) May 9, 2021
Comel je hati pun sejuk kalau semua guard cakap lembut camni
— Hafiz Amran (@hafizamrn) May 9, 2021
Semogq brother ini bahagia dan enjoy menjalankan tugas.
— AliffShanusi – KewanganBijak101 (@aliffshanusi) May 9, 2021
Dia enjoy buat kerja dia. Terbaik lah
— Zulaika Zakaria (@zulaikazakaria) May 9, 2021
Masuk air betul kalau dapat jumpa guard macam ni kan. Menghiburkan! 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Image via SAYS Seismik


