Wanita Ini Ubah Suai Helmet Dengan Letak Signal, Tapi Cara Penggunaannya Pula Menghiburkan

0
226

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bagi penunggang motosikal, risiko mereka adalah lebih tinggi daripada pemandu kereta

Hal ini kerana penunggang motosikal akan terlebih dulu terdedah kepada kemalangan berbanding pemandu kereta yang mempunyai sedikit risiko lebih rendah daripada mereka.

Tambahan lagi bagi penunggang motosikal yang tidak mengamalkan keselamatan diri dan akan menjurus kepada kemalangan. Ada yang bahkan tidak memeriksa dulu keadaan motosikal mereka sebelum menggunakannya.

Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila  seorang wanita telah berkongsi satu ciptaan buat para penunggang motosikal.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nice aaa pic.twitter.com/hcXLTlaD90

— Afzan #makutin.com (@afzanvalley) April 21, 2021

Hasil ciptaan baru untuk semua penunggang motosikal

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang memaparkan rekaan terbarunya dengan mengubah suai helmet dan meletakkan lampu isyarat padanya.

Hal itu bertujuan memudahkan penunggang motosikal menggunakan helmet jika lampu isyarat motosikal mereka rosak.

Wanita itu meletakkan alat micro bit pada belakang helmet berkenaan bagi membolehkan ianya dapat menyalakan lampu LED yang menunjuk arah anak panah mengikut gerakkan kepala yang dilakukan.

Image via @afzanvalley (Twitter)

Image via @afzanvalley (Twitter)

“Ni rider buat macam ni, next week ramai rider teleng” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pandangan mereka mengenai rekaan itu.

Malah, ramai yang mempersoalkan cara penggunaannya yang sangat lucu dan boleh menyakitkan apabila melakukannya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 301.1K views, 1,712 retweets dan 3,966 likes di Twitter.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

nice ideatapi in case penunggang telengkan sebab gatal, lenguh etc, tanpa sedar signal dah bagi. will cause confusion kepada org belakang

— RegulusPanda (@PandaRegulus) April 22, 2021

Utk buat kelakar bolela, kalau pakai betul2 x praktikal. Better guna tangan je. Silap bulan kena jumpa chiropractor. Tu pon kalau x eksiden.

— namja (@deewtodliah) April 22, 2021

Kalau ada 10 simpan mahu esok member sakit leher nak pergi kerja

— mira (@mrmzln) April 21, 2021

Ni rider buat macam ni, next week ramai rider teleng

— Effi Fazril (@effi_fazril) April 21, 2021

Lepastu semua rider teleng teleng depan customer depan pintu rumah

— نى (@smverniee) April 22, 2021

lepas seminggu pakai pic.twitter.com/I4zUeWwAGG

— محمد عريف حاكيمي (@MuhdArHakimi) April 21, 2021

Great invention. However there are many flaws you can encounter with this device. List all down, and try to think of a solution, redo everything and test it again. Goodluck !

— (@aimandahinsaf) April 22, 2021

Terhibur do terteleng teleng

— (. ᴗ .) (@han_dwae) April 22, 2021

Kreatif tapi tulah boleh sakit jugak nak pakai helmet ni 😛

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: