“Kalau Nak Fahami Al-Quran, Jangan Taksub Pada 1 Teknik & Kena Berguru” – Hazeman Huzir

0
247

Selain dari pandai mengaji, setiap orang juga disuruh untuk membaca terjemahan ayat-ayat Al-Quran. Lebih-lebih lagi jika anda tidak pandai berbahasa Arab.

Gambar sekadar hiasan.
Image via Kiblat.net

Ini kerana Allah SWT ingin setiap orang untuk mendapatkan rahmat, hidayah, petunjuk, panduan dan pelbagai hikmah daripadaNya. Sebab itulah Dia memberi melalui Al-Quran.

Sebagai contoh, ketika umat Islam dilanda kesusahan, haruslah anda sedari bahawa semua itu hanyalah ujian yang diberikan oleh Allah SWT untuk kita senantiasa ingat padaNya. Tidak kiralah ketika berada dalam kesenangan atau kesusahan.

Bukan setakat itu sahaja, banyak lagi hikmah-hikmah yang terdapat dalam kitab suci Al-Quran ini. Kerana itu, Allah SWT bertanya, “Mengapa kamu tidak memahaminya (Al-Quran)?”

Image via jombacaalquran

Oleh itu, setiap umat Islam haruslah menyahut seruan Yang Maha Esa untuk lebih memahami Al-Quran berserta maksudnya.

Insya-Allah.

Baru-baru ini seorang pengacara TV, Hazeman Huzir telah mengupas tentang topik memahami Al-Quran ini dengan lebih mendalam.

Namun, pesanannya adalah JANGAN TAKSUB.

Hazeman Huzir.
Image via Instagram @hazemanhuzir

Perkongsian tersebut ditulis oleh Hazeman Huzir atau lebih mesra dikenali sebagai Haze di laman Twitter miliknya pada 22 Januari lalu. Melalui rangkaian tweets yang dikongsi, ia telah berjaya meraih lebih 21 ribu RTs ketika artikel ini ditulis.

Malah, di penghujung rangkaian tweets ini, pengguna Twitter dan turut dikenali sebagai pendakwah bebas, @AdDien90 turut menyelitkan penjelasan yang lebih tepat untuk difahami oleh orang ramai supaya tiada salah faham.

Pada mulanya, ia pernah terjadi kepada dirinya ketika pemikiran sedang bercelaru.

Haze turut menyeru supaya orang ramai baca dan fahami apa yang cuba disampaikan ini sehingga habis.

Aku baru belajar something so beautiful about the Quran.Tak pernah lah aku tengok/gunakan tafsir Quran aku dalam bentuk sebegini rupa.Teman-teman yg sama jahil mcm saya tolong lah baca sampai habis.Semuanya bermula dengan satu IG story yang aku upload berbulan lepas lamanya pic.twitter.com/lvDws6dkEd

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Masa buat IG story ni aku tengah semak otak. Tengah penat. Tengah verge of crying tapi tak cry.Nak jerit tapi tak keluar. Nak luah tapi tiada perkataan.In short, breakdown.Ada insan Allah ini ajar aku “Bila perasaan itu terlalu kuat utk apa2. Atau ada insiden, tengok jam” pic.twitter.com/AiBF6fhwML

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

“Terfikir macam mati itu senang tapi takut masuk neraka sebab amalan tak cukup…”

Kemudiannya aku buka la satu persatu ayat yg disyorkan.Banyak yg vague. Tak jelas. Tak faham. Mungkin aku jahil.Sampai lah aku pergi ke ayat 21:4 pic.twitter.com/NrG7IsjsGl

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

It struck me so hard.Waktu down tu aku biarkan saja breakdown membiak.Mamah aku bagai bangkai busuk sedang aku terbaring dibuai perasaan.Terfikir mcm mati itu senang. Tapi takut masuk neraka. Sebab amal tak cukup.Andailah aku jumpa cara ini dulu aku AKAN cepat tenang.

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Dan ianya tidak terhenti di situ sahaja.Ini berlaku tadi.Dengan teman yang sama saya pulang dari meeting.Masa drive cerita pasal masalah. Cerita deep. Kisah jiwa. Hikmah Tuhan.Sampai tak sedar tiba-tiba dari Shah Alam nak balik KL tiba-tiba aku nampak signboard Nilai.

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

“Jap… kenapa kita ni dekat Nilai?!” ulas aku.Kawan check Waze aku.”Haze salah tekan lah”Aku memang camtu, kalau kepala berfikir kencang, duniawi semua tinggal.Waze suruh masuk lombong pun mmg aku ikutkan je.”Apa bodoh aku ni pun haih” ujar pada diri sendiri

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Bila tengok jam, baru dia sedar bahawa pada waktu itu tertera jam 5:16 petang, lalu…

Terus member ni check time.Kami tersedar kami sesat itu jam 5:16 petang.Dan berikut merupakan Surah yg terpacul keluar dari skrin: pic.twitter.com/3EKxUOGDk0

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Meremang kepala otak aku masa member bacakan kat aku tafsirnya.Kebetulan pulak kita sesat jalan, boleh pulak keluar surah bercakap pasal “Jalan”.Tapi kita bukan budak kecik tau. Baca surah perlu ada tadabbur. Pemahaman. Penghayatan.Satu ayat Allah pelbagai multitude.

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Mentang-mentang kau tengah sesat jalan, kau fokus kat perkataan “jalan”. Apo dik?Aku hayati balik ayatnya.Aku apply pada ceritera masalah hidup.Aku sedar: Sehebat mana cabaran kita, kalau kita redha dijalan Allah, ada keluarnya.When you fall, theres no other way but up.

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Menurut rakannya, sejak dia kembali kepada Al-Quran, banyak benda yang dia berpuas hati dengan jawapan Allah.

Sebab itu kita kena ‘mencari’. Hikmah itu sentiasa ada.

Aku share ini sebab semalam aku share perkara ini kepada 2 kawan lain.Dorang semua terbuka mindanya dan dah tau nak buat apa dengan tafsir di rumah selain kumpul habuk.Kawan Haze tu cakap, sejak kembali ke Quran, banyak benda dia puas hati. Sebab jawapan Allah.Sempurna.

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Aku ni kawan-kawan, kadang teraba mencari jawapan. Pastu frust sendiri. Sebab luar kapasiti.Rupa-rupanya jawapan yg dicari ada dalam rak. Tak buka. Berhabuk.Lepas tu bila frust mula lah salahkan Tuhan.Masalahnya apa effort aku pun untuk mencari jawapanNya?Siapa yg salah?

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Hidup kita penuh hikmah. Cari hikmah tu. Ia wujud.Ada sebab Al Quran itu milik kita. Ada sebab ustaz ckp Allah sayang kita.Kerana kita disayangi.Allah sayang kita.Tapi malangnya…Kita yang tak sayang diri sendiri.

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Tidak terhenti di situ, rangkaian tweets ini turut mendapat perhatian @AdDien90 yang juga berkongsi pendapatnya tentang topik yang dibincangkan:

Salam.. we are honored to have an addition to this tweet by Al Ustaz Al Maulana @AdDien90 himself (Hehe maulana tau)He DMed me to remind us all that this is all mere tools to remind us to fetch our Quran.Memang itu pun niat Haze, untuk kita mencintai Quran. pic.twitter.com/xSsq0nxlsy

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Please remind yourselves that dont taksub over one teknik. At the end of the day, you as one person cannot understand the Quran.Dalam agama, kuncinya adalah berguru. pic.twitter.com/LSgLDrxAxD

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Kerana sejujurnya ada kawan Haze pernah murtad kerana cuba faham ayat Allah dengan caranya sendiri.Jadi… yang Haze share ini hanyalah an inspiration to fetch our holy script. And start practicing.Warning again: Berguru. pic.twitter.com/F6YPBFlAM2

— Hazeman Huzir (@hazemanhuzir) January 22, 2020

Sebab itu jangan pernah berehat dari mengejar amal di dunia. Maka, anda tidak akan penat di akhirat kelak. 🙂

Image via Sarawakvoice.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Kata-kata serta pendapat dari Haze tak pernah tak deep 🙂