[VIDEO] “Apa Nak Buat Kalau Kena Tahan Polis?” – Peguam Ini Ada Jawapannya & Hak Kita

0
740

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Umum semua mengetahui bahawa kita mempunyai hak-hak tertentu bila berdepan dengan masalah

Sebagai contoh, apabila kita ditahan oleh polis, kita mempunyai hak untuk menerima infomasi lebih lanjut tentang mengapa kita ditahan. 

Baru-baru ini, tular video oleh seorang peguam di TikTok berkenaan perkongsiannya tentang hak kita ketika ditahan oleh polis ini mencuri perhatian netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@aminahtulmardiah

Apa nak buat kalau kena tahan polis? #legal #tiktokmalaysia #foryou #polis

Thousand Years – Valeriya Zahonyayeva

Ini 6 perkara yang dikongsikan oleh peguam itu jika anda ditahan oleh polis

1. Bertanya kepada pihak polis kenapa anda ditahan?

Image via @aminahtulmardiah (TikTok)

Sesuatu penahanan perlu dilakukan atas sebab-sebab tertentu. Penahanan tanpa sebab merupakan penahanan yang salah. 

2. Cuba minta polis tunjuk kad kuasa

Image via @aminahtulmardiah (TikTok)

Setiap warna mempunyai maksud yang berbeza. Pastikan anda tahu setiap warna dan maksudnya. 

3. Tolong beri kerjasama dengan polis dan jangan melawan

Image via @aminahtulmardiah (TikTok)

Hal ini demikian kerana, kedua-dua pihak hanya ingin menyelesaikan masalah masing-masing. Pihak polis juga sedang melaksanakan tugas mereka. 

4. Tanya kepada pihak polis balai mana yang anda akan di bawa

Image via @aminahtulmardiah (TikTok)

Pihak polis hanya boleh membawa anda ke balai yang terdekat dalam masa yang cepat.

5. Minta pihak polis untuk memberi kebenaran anda hubungi keluarga atau peguam

Image via @aminahtulmardiah (TikTok)

Perkara ini memudahkan perundingan berlaku bagi kedua-dua pihak. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, anda juga perlu maklumkan kepada pihak polis. Take note!

6. Penahanan tanpa mahkamah hanya boleh dilakukan 24 jam yang pertama saja

Image via @aminahtulmardiah (TikTok)

Pihak polis boleh menahan anda lebih 24 jam sekiranya diperintah oleh mahkamah. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Jangan lupa share okay! 🙂

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: