Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Siapa je yang tak kenal dengan selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa bukan?
Baru-baru ini kecoh mengenai isu kontroversinya yang dikatakan melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana telah merentas negeri. Tetapi, dia menafikannya dan memberitahu itu semua adalah kerana atas urusan kerja.
Namun, namanya kembali menjadi perbualan hangat apabila dia baru saja melancarkan produk terbarunya iaitu selipar yang dikatakan ‘muslim friendly’ bersama jenama selipar tempatan terkenal iaitu Fipper pada 5 April lalu.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
Jual selipar yang dikatakan muslim friendly tapi ramai yang mempersoalkan
Difahamkan selipar berkenaan dijual dengan harga RM79.90 sepasang. Harga tersebut mengundang kecaman kerana dirasakan mahal oleh sesetengah individu.
Malah, ramai juga yang mempersoalkan di mana letaknya kegunaan ‘muslim friendly’ tersebut. Disebabkan itu, pihaknya telah mengeluarkan satu kenyataan untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Mereka memberitahu bahawa selipar berkenaan sesuai untuk kegunaan muslimah yang memakai stokin kerana produk mereka sebelum ini kurang bersesuaian dengan imej muslimah yang berstokin.
Lihat perkongsian penuh itu di bawah:
Neelofa accused of ‘exploiting religion’ with launch of RM79.90 sandals touted as ‘Muslim-friendly’ https://t.co/Cx3MdkooP1The so-called “exclusive” sandal is a collab between her brand The Noor with local footwear maker Fipper, whose usual items sell for as cheap as RM16.90. pic.twitter.com/4ow7vqUgON
— Zurairi A.R. (@zurairi) April 7, 2021
“Mesti selipar ni serba salah nak jejak tandas” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberi kecaman kepada produk terbabit.
Malah, ramai yang berpendapat harganya sangat mahal untuk sepasang selipar. Masih ramai juga yang mempersoalkan di mana letaknya ‘muslim friendly’ itu.
Ketika artikel ini di tulis, perkongsian berkenaan telah meraih 701 retweets, 535 quotes tweets dan 940 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
But what does “Muslim friendly” mean for slippers?
— Peperomia Gingeria (@lowyencar) April 7, 2021
Very expensive Muslim friendly slippers. I bought Kafir slippers from Carrefour for our 12 dirhams.
— Jalan Pekan Lama, Kuala Pilah Hardcore Resident (@SST_1028) April 7, 2021
The price is mashaAllah . Muslim friendly but the price is yahudifriendly 😉
— ⁷ (@adrykookiee) April 7, 2021
Husnuzon mungkin selipar ni boleh mengingatkan waktu solat untuk kawan yang keras hati dengan cara membaling kearah mereka
— Z (@azharokey) April 7, 2021
I mean if slippers tu betul lain dari yang lain and harga gitu takpelah, it just the same slippers you can get at daiso or diy and still be the same quality
— binasabrina (@sab4namjoon) April 7, 2021
walk in this sure syurga, is it? i think need to throw away my miniso flip flop cause it’s not labelled as muslim friendly
— // سافاره (@nixiaopengyou) April 7, 2021
Slipa jamban aku RM3 je, tu gak slipa utk amik wuduk, hahahaahha
— Hafizah Khalid (@KhalidHafizah) April 7, 2021
Mesti selipar ni serba salah nak jejak tandas
— af (@Anisssfarihah) April 7, 2021
Kalau pakai ni mesti automatik rasa nak gi masjid kot?
— GogoPlata (@GogoPlata4) April 7, 2021
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!



