Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ruangan dapur merupakan ruangan yang penting bagi para isteri
Mana tidaknya, di situlah tempat mereka akan menyiapkan makanan untuk seisi keluarga. Di situ jugalah tempat mereka beraksi untuk mencuba pelbagai menu baru.
Pastinya ramai yang menghias dapur mereka mengikut cara dan kreativiti sendiri. Malah, ada yang sampai tidak boleh melihat sedikit kotoran atau benda bersepah langsung di dapur mereka.
Sama seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang wanita menunjukkan bagaimana dia menyusun kesemua barang dapurnya selepas dibeli oleh suami.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selalu husband i bali grocery terus kena kemas time tu jugak. I cuba tadi, tak boleh ya. Terus flat rasa nak patah kaki. pic.twitter.com/lRNDvWv23e
— YanaK (@yanakhairuddin) March 29, 2021
Kemas tersusun setiap barang bekas khas yang tersedia
Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu wanita berkenaan baru saja pulang daripada membeli barang dapur bersama suaminya.
Dia kemudian terus membuka semua barang yang dibelinya dengan mengemas satu persatu secara teratur.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah, setiap barang mempunyai bekas khas sendiri untuk disusun dan dilekatkkan dengan kemas di ruangan dapurnya. Ia turut dilabel dengan nama barang tersebut.


“Lawa dan convenient je tengok susunan semua” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang kagum dengan kerajinannya dan ada juga yang mengaku bahawa mereka tidak mempunyai masa untuk melakukannya.
Malah, ada yang bertanyakan dari mana dia mendapatkan bekas-bekas tersebut untuk membelinya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 388.2K views, 6,562 retweets dan 17.9K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Wow teratur buat ruang optimum .. Selesa di dapur tapi telur kena basuh dulu insyaallah.
— POKNIK (@pian2011) March 30, 2021
where did you get all the storage that comes with labels so pretty!
— .seen (@nesazhan) March 29, 2021
Nk juga container with labels.. cantik sgt la.. mane nk beli ??
— MyaAzwin (@MiaAzwin96) March 30, 2021
Shopping grocery memang seronok. Wah best nya dapat penuh kan barang dapur. Tapi bila sampai je rumah, aku pernah habis kan 2 jam berdiri dekat dapur utk kemas,cuci,refill semua. Tp kelebihan nya jimat masa memasak. 30 minutes settle dah masak.
— Pencinta Berus GIGI (@asniranasrah) March 30, 2021
Lawa and convenient je tengok susunan semua. Iolss susun jugak pakai tupperware murah je. Siap ada yg dah pecah2 lg. Hehe. Nanti la berduit sikit kita tukar fridge besor sikit and beli semua food storage tu
— syfqhomr (@pkaaaaa_) March 30, 2021
Rasa nyaman sekali tengok video ni. Okeii soalan mana nak beli bekas letak ikan seafood tu?
— daisy (@aishhbie) March 29, 2021
Everything is fine untill part biskut julie’s came across. Rajinnya buka plastik satu-satu lepastu susun dalam balang
— pheykrey (@pheykrey) March 31, 2021
satisfying nya. pls do more videos like this hehehe
— al (@xyzariethfal) March 30, 2021
Wow nais gler storage macam ni. Datang idea nak beli satu set untuk mak!
— زعيم (@ilman_97) March 30, 2021
Your effect sis A+
— Takaful Advisor|Ratu Emas|Property (@amanmhamn) March 29, 2021
Wow, rajinnya dia kemas semua barang tu. Siap ada bekas khas lagi 😀
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!



