Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kecanggihan teknologi zaman sekarang sememangnya berbeza dengan zaman sewaktu kita kecil dulu
Jika nak dibandingkan pada waktu kita kecil dulu, semua platform sosial media masih belum ada seperti sekarang.
Malah, kita juga tidak mempunyai telefon bimbit seperti kanak-kanak sekarang. Jenis permainan juga amat berbeza daripada kanak-kanak zaman ini.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan sedang sibuk menari video TikTok mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
— Sensei Sushi (@endwithz) March 24, 2021
Syok menari video untuk TikTok, tiba-tiba ayah datang halang
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan semasa itu sedang sakan menari untuk video TikToknya.
Namun tidak lama selepas itu, kelihatan ayah kanak-kanak itu muncul di belakang dan terus menendang punggungnya sebaik saja melihat aksi anaknya itu.
Ayahnya langsung memarahi anaknya itu dan mengarahkannya untuk berhenti daripada menari untuk video tersebut dan kanak-kanak itu pun terus berjalan keluar.


“Kesian member baru nak post content baru” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi kanak-kanak tersebut dengan ayahnya.
Malah, ada mengingatkan agar ibu bapa jangan terlalu mendedahkan anak-anak dengan gajet dan sosial muda ketika di usia muda. Ada juga yang menyokong dengan tindakan ayah kanak-kanak itu yang menghentikannya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 205.5K views, 4,543 retweets dan 5,056 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Elok mak ayah budak gelek tiktok buat cmni kt dorang. Ni tak, bantai back up lagi anak nya. Barangkali memang cita cita anaknya jadi stripper.
— Syakir (@FaridSyakir2) March 25, 2021
Alhamdulillah, aku happy tengok video ni oiii. Aku tak mau backup budak ni, adab mana adab? Takkan depan bapak pun nak berjoget? For sure aku menyirap budak zaman sekarang yang kecik dah expose dengan bende gini, dah besar tak tahu apa pulak apss yg muncul.
— faizril shaziq (@FShaziq) March 25, 2021
Kesian member baru nak post content baru wkwkkwkw
— Fira nawhki (@arxfffff) March 25, 2021
hentak je pakai helmet tu lain kali hahaha
— Qiu (@MhdQiu) March 26, 2021
Kecik ii dh bergelek.Aku setuju dengan bapak dia.Risau nanti bila besar jadi penari tiang je or lain ii
— (@Khairulhairie) March 26, 2021
aku ingat bapak dia nak join HAHAHAHA tapi itulah depan parents pun nak joget ni mcm no manners lah pulak.
— natghah (@kentangggggggg) March 25, 2021
Tu makan diaa.. Yehhaaa
— khairul (@tastingoe) March 25, 2021
Hahahhaa pdn Muka… Knp xh3ntak ja dgn helmet tu
— Amet Boon (@AmirDauz) March 25, 2021
Patah pinggang member beb hahahaha
— Kek Lapis (@diknadz) March 24, 2021
Bahaya ya kalau anak-anak dah start mengelek dekat TikTok ni
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!



