Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL) baru saja melabuhkan tirainya baru-baru ini
Ianya merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang dikumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 bagi tahun 2020.
Keputusan itu sekali gus berpihak kepada lagu Gila ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong yang telah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu bagi edisi ke-35.
Namun, antara topik yang menjadi perbualan hangat adalah nyanyian daripada Nabila Razali yang sedikit ‘terkucil’ semasa dia melakukan persembahan. Disebabkan itu, ramai pihak yang memberikan kecaman kepadanya dengan pelbagai pandangan.

Nyanyian pertama kali selepas AJL, suara sedap sampai naik bulu roma
Walaupun dia telah dikecam teruk, namun ramai rakan artis dan peminatnya tidak putus-putus memberikan sokongan buat dirinya.
Terbaru, video nyanyian Nabila dilihat kembali menyanyi di sebuah majlis selepas nyanyiannya di AJL mencuri tumpuan ramai di laman Twitter.
Dia sekali lagi membawakan lagu Peluang Kedua untuk persembahan umum. Malah, nyanyiannya kali ini sangat baik sehingga memukau semua tetamu yang hadir. Jika didengar, nyanyiannya begitu merdu dan membuktikan dia mampu menyanyi dengan baik.
Lihat video penuh itu di bawah:
Persembahan live pertama Nabila Razali selepas AJL! pic.twitter.com/X9PcsmfGRP
— Wafa Awla (@wafa_awla) March 24, 2021
“Semoga awak terus sukses dalam industri hiburan” – Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji kelunakan suaranya itu.
Malah, ada berpendapat mungkin ketika AJL dia agak gementar sehingga berlakunya situasi tersebut. Ada juga yang mendoakannya agar terus sukses dan maju dalam industri hiburan tanah air.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 128.6K views, 1,693 retweets dan 5,056 likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Time ajl aritu feel sgt smpai suara tak smpai. Time fun2 ni rilek je nyanyi smbil jalan tnjuk peace
— enooo (@azrinaeno) March 25, 2021
Improvement! Alhamdulillah dia kena pakai key lower and make that part harmony.
— a i d a a z i r a (@aidaazkssm) March 25, 2021
Dah agak dah dia try hard time AJL, key dia tak sampai but this one dia bersahaja dan nampak lebih sesuai
— احمد إسحاق (@ahmadishak99) March 25, 2021
Menyanyi tu satu skill. Insya Allah bila rajin digilap, lama kelamaan pro juga tu. Just kena rajin je. Suara sengau pon kalau pro nyanyi buat belting sikit, runs and riff sikit mesti sedap.
— Eden Hazard (@azliansyah_John) March 26, 2021
When you dont put high expectation on yourself, you dont create unnecessary pressure. Jatuh 2 kali, bangkit untuk kali ke 3!
— Herman Rawi (@mhermanrawi) March 25, 2021
Sedap je suara, maintain jek. Orang jek kecam lebih2 macam la suara korang sedap sampai nak mengecam
— Eary Hakim (@eary_hakim) March 25, 2021
nmpk sngt haritu mmg dia nervous sbb first time an masuk ajl now nabila bangkit!!
— (@addintired) March 25, 2021
TerbaikkTeruskan berkaryaSemoga terus sukses dalam industri hiburan
— Ajikk Febuari 2021 (@ajikkrafdey) March 25, 2021
ni okay je dia nyanyi. time ajl haritu cara dia nyanyi macam terlalu berhati-hati. this time nampak santai je
— (@_ainoah) March 25, 2021
Sedapnya suara Nabila ni, semua orang buat silap kan tapi siapa kita nak menilai. Betul tak? 😉
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!



