Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pernahkah anda secara tidak sengaja tertumpahkan gula di atas karpet?
Sudah menjadi kebiasaan rata-rata semua rumah memang dihiasi dengan karpet yang cantik bagi menaikkan lagi dekorasi rumah.
Penjagaan karpet supaya sentiasa bersih juga tidak mudah, tambahan lagi bila ada butir-butir kecil seperti gula, garam yang tumpah. Mula pening kepala bagaimana hendak dibersihkan. Jangan risau, ini tips viral untuk bersihkan karpet.

Tak perlu risau lagi kerana kita ada life hacks bersihkan karpet tanpa vaccum
Tular baru-baru ini apabila seorang pengguna TikTok, Sara Ahmad telah berkongsi cara bersihkan karpet dengan mudah.
Caranya mudah sekali, mula-mula, basahkan cawan. Kemudian, terbalikkan cawan dan gosokkan atas permukaan karpet yang telah ditumpahi gula. Siap, semua gula dan kotoran akan diserap oleh cawan yang basah. Ajaib bukan?
Lihat video penuh di bawah:
@saraahmad0708 how to clean sugar off carpet without vacuum! #hack #fast #cleantok #carpetcleaner #choresinthishouse #mess
“TikTok really teach me useful life hacks”- Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut cuba melakukan life hacks tersebut.
Malah, ramai yang berkongsi hasilnya dan memang terbukti dapat serap gula yang tumpah di atas karpet.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 579K likes, 3K comments dan 12K shares di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
tiktok really teach me useful life hacks……… pic.twitter.com/CEmLfrixXE
— (@permyesuri) March 5, 2021

Syukur ada tips viral seperti ini di TikTok. Jangan lupa cuba okay!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang



