Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap pasangan yang sedang bercinta tentu mempunyai cara tersendiri untuk meluangkan aktiviti bersama
Kebiasaannya kalau keluar pasti akan makan di restoran fast food atau kafe hipster bukan? Malah, ada juga yang melakukan aktiviti bersama seperti menonton wayang, shopping dan sebagainya.
Aktiviti seperti ini sebenarnya sedikit sebanyak dapat mengeratkan lagi hubungan percintaan lebih-lebih lagi bagi suami isteri, rasa seperti zaman mula-mula bercinta dulu.
Namun, lain pula dengan video yang tular di Twitter apabila pasangan dari negara jiran Indonesia ini mencuri tumpuan ramai dengan menaiki kuda untuk membeli McDonald’s secara pandu lalu.
Lihat video penuh perkongsian itu di bawah:
ni baru betul couple bangsawan, drive-thru McD naik kuda, kau ada ? pic.twitter.com/By04fGhzWn
— ً (@IBCIG) March 14, 2021
Suka lakukan aktiviti bersama dengan hanya menaiki kuda
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan itu sedang berada di salah satu cawangan McDonald’s untuk membeli makanan.
Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah mereka membeli makanan tersebut melalui kawasan pandu lalu dengan menaiki kuda.
Aksi mereka itu mendapat perhatian ramai kerana ianya jarang dilihat kenderaan yang membeli makanan pandu lalu menaiki kuda, kebiasaannya yang sering kita lihat adalah kereta.
Bukan itu saja, difahamkan pasangan itu juga telah menjadikan kuda sebagai salah satu kenderaan utama untuk bergerak ke mana saja seperti contoh ke shopping mall.
Lihat video penuh itu di bawah:
@rehan.mubarak Ambarukmo Plaza w/ @daraarafah24
“Orang Malaysia nampak motor masuk drive-thru pun rasa pelik, ini kan kuda” – Warganet
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati warganet turut terpegun melihat aksi rare pasangan itu semasa membeli McDonald’s.
Malah, ramai juga yang meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenainya. Ada juga yang sempat mengusik pasangan itu dengan pelbagai soalan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 206.8K views, 6,312 retweets dan 11.4K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Hmm…dulu pernah drive thru mcd naik kancil tapi tu arr tak sempat hired photographer
— M124N (@mizanggggg) March 14, 2021
orang malaysia nampak motor masuk drivethru order mekdi pun rasa pelik.. ini kan kuda
— Farhan (@paan_azam13) March 14, 2021
Someone : *flex kuda merah kat drive thru mcd*This couple : *flex literally kuda*Salute !
— WanMohdNaqib (@wanmohdnaqib96) March 14, 2021
@rosnan_osman jom naik angsa aku
— Aina (@moezi96) March 14, 2021
Kenderaan satu horsepower ni mana dia tampal roadtax eh?
— Aliff ‘Fester’ Azmin (@AliffAzmin) March 14, 2021
Serious question, boleh bawa haiwan ke dekat premis mknn? Huhu
— Lorén (@EdenSofea) March 15, 2021
Asal ada horsepower, boleh la drive thru.
— Jord (not the watch brand) (@jordyshah) March 14, 2021
gempak gila
— ℯ (@ayuescha) March 14, 2021
Xpelah.. nnti aq Naik lembu
— Nursyazana (@Nursyaz83904751) March 14, 2021
Selalu dapat tengok kereta je kan lalu, kali ni kuda pulak sampai 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!



