Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 sudah pun dikuatkuasakan sejak 13 Januari yang lalu
Disebabkan itu, banyak aktiviti harian yang terjejas dan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Antaranya seperti sesi persekolahan yang tidak digalakkan untuk para pelajar hadir ke sekolah untuk pembelajaran. Kini mereka hanya menggunakan sistem pembelajaran secara online saja.
Namun, lain pula dengan video yang tular di laman Twitter baru-baru ini apabila seorang budak lelaki yang sedang mengaji bersama neneknya mencuri tumpuan ramai.
Nenek suruh doa lain, lain pula yang didoakan oleh kanak-kanak tersebut
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang mengaji bersama neneknya.
Namun selepas selesai mengaji, si nenek mengajar kanak-kanak lelaki berkenaan dengan bacaan doa yang berbunyi:
“Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku sebab aku melawan tokku,” katanya.
Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan ramai adalah apabila kanak-kanak berkenaan yang pada awalnya mengikut bacaan doa itu tiba-tiba menukar ayat dibelakangnya dengan nada gurauan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Budak ni deserve a medal pic.twitter.com/figgvVO3ww
— Aku Ikmal Hanif (@akuikmalhanif) January 31, 2021
“Tak nak kalah, dah lah baca tapi mata tak tengok iqra” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 157K views, 8.9K retweets dan 8.7K likes.
Kecik2 dah pandai paraphrase . Aku yang belajar kat ipt pun masih bergantung harap dekat apps quillboat.
— (@kotakhati99) February 1, 2021
hshshs memacam ea budak skrg
— fufu (@akmalfufu) February 1, 2021
Comel aih hahaha
— NothingToSay (@nothingtodolorh) February 1, 2021
Tak nak kalah dah la baca tapi mata tak tengok iqra’ aduhai
— lin (@hnsshazlin) February 1, 2021
Hahahahaha tok ku la yang melawan ku
— namakudan (@DaniallZilikram) February 1, 2021
silent at the moment and think with his face react to it then jwb win for me. Aduiii lah budak ni
— ! (@Aidaiskandar) February 1, 2021
comel je budak nii. ni dh besar mesti baik dgn tokkk
— Paako (@forliving_) February 1, 2021
HAHAHAHA hilang stress aku kejap
— CharolMin⁷ (@SyaShMing) February 1, 2021
Kecik-kecik dah pandai play victim Masa depan anda cerah di twitter.
— ayənz (@mhdazriin) February 1, 2021
Comel hahaha. Dah besar harap jadi insan yang baik
— zaft (@iZafieqZaidi) February 1, 2021
Aduhai, cepat je dia tukar ayat belakang tu. Panjang akal kau ya dik 😛
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!