Seperti yang kita tahu, setiap pengguna jalan raya haruslah patuh pada peraturan dan memandu dengan cermat untuk keselamatan bersama
Jika melanggar peraturan jalan raya, sudah tentu kita akan menyusahkan pemandu lain dan kadangkala ia boleh mencetuskan pergaduhan besar serta melibatkan banyak pihak.
Namun, common sense dan budi bahasa sangatlah penting ketika memandu tidak kira dalam apa jua situasi sama ada anda betul atau salah.
Tular baru-baru ini di laman sosial Twitter mengenai seorang wanita yang merupakan doktor di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) telah bertengkar dengan dua orang lelaki di jalan raya berdekatan hospital tersebut.
Lihat video penuh di bawah:
@kkmm_gov @KKMPutrajaya macam ni ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau. Wajar ke seorang doktor doakan orang kena covid? pic.twitter.com/AvuCadtPLO
— Fadzli Amin (@Fadzmin_) February 2, 2021
Membuat U-Turn berdekatan hospital sampai memakan jalan dan tidak mahu mengalah sehingga mengejar kereta si perakam
Menerusi video yang dirakam menggunakan dashcam, pada mulanya kereta si perakam berada di jalan utama sebelum doktor itu membuat pusingan U dari arah bertentangan.
Sejurus selepas itu, si perakam pantas membunyikan hon kepada doktor berkenaan kerana keretanya dikatakan telah memakan jalan utama.
Akibat tidak berpuas hati, doktor itu bertindak membunyikan hon berulang kali dan mengejar kereta si perakam sehingga tiba di traffic light.
Apa yang lebih mencuri perhatian ramai adalah apabila doktor itu berhenti di sebelah kereta si perakam dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan nada yang tinggi. Malah dia dikatakan telah mendoakan si perakam supaya mendapat penyakit Covid-19.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah mendapat 411.4K views, 9.8K retweets, 7.7K likes dan 1.2K quote tweets di Twitter
Rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi dan komen masing-masing terhadap video tular itu. Ada yang berpihak kepada doktor tersebut dan ada juga yang menyokong si perakam.
Antara komen menarik daripada warganet di Twitter:
Tak kisah siapa yang bersalah dalam hal ini, tapi sebagai pengguna jalan raya kita mestilah mematuhi peraturan dan undang-undang. Drive safe okay guys!
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!