Kehidupan seseorang pastinya telah ditentukan dengan cara yang berbeza-beza, ada yang hidup senang dan ada yang sebaliknya
Ia mengingatkan kita untuk terus bersyukur dengan apa yang dimiliki pada hari ini kerana bukan semua orang bernasib baik.
Jika kita merasakan diri kita susah, pandanglah sekeliling kerana masih ramai lagi di luar sana yang memerlukan bantuan.
Seperti video yang tular di laman Twitter baru-baru ini yang memaparkan seorang ibu memunggah sampah sambil ditemani anak-anaknya untuk meneruskan hidup.
Ibu punggah sampah sambil bawa anak untuk meneruskan kehidupan
Menerusi video tersebut, sepasang suami isteri telah merakam seorang wanita semasa itu yang sedang memunggah sampah sambil ditemani oleh anak-anaknya.
Kejadian itu berlaku di Tumpat, Kelantan kerana seperti kedengaran dialek pantai timur. Melihat kejadian itu, lelaki itu turun lalu menghulurkan sejumlah wang kepada wanita tersebut dan memesannya untuk membeli makanan.
Lihat video penuh itu di bawah:
The reality of our country we’re living in rn. Sedihnya tengok acik ni bawa anak dua pic.twitter.com/qJf5YS1ifu
— dani (@danizaydi) January 23, 2021
Selepas video tersebut tular, ramai yang turut memberikan sumbangan
Namun selepas video tersebut tular di laman sosial, ramai yang tampil memberikan bantuan dan sumbangan kepada wanita berkenaan.
Malah, ada juga yang ingin memberikan sumbangan secara online kepadanya dan keluarga.
Lihat perkongsian penuh tersebut di bawah:
Around 9 pm just now, someone reached out to me via instagram, telling me this. Puan tersebut biasa mendapat bantuan dari penduduk kampung & badan ngo, kalau ada yang nak menyumbang, preferably dalam bentuk barang daripada duit. Maksudnya, beri terus makanan kepada mereka pic.twitter.com/8eiNjdu9tl
— dani (@danizaydi) January 24, 2021
Berita gembira guys, just now owner video tiktok tersebut update yang beliau telah memberi sumbangan terus kepada puan dan anak-anaknya, Alhamdulillah Terima kasih semua, you guys are the best! https://t.co/mnDtfOudaI
— dani (@danizaydi) January 24, 2021
“Sedihnya. Mulia hati adik yang beri sumbangan tu” – Netizen
Dalam pada itu, rata-rata netizen turut merasa sedih melihat video wanita berkenaan. Malah, ada yang menganggap inilah realiti kehidupan sebenar pada masa kini yang berlaku di dalam negara tanpa kita semua sedar.
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 676.6K views, 16.3K retweets dan 14.4K likes.
Nk tolong , tapi diri sediri x tertolong lagi . Tapi kalu aku jupo aku bui 2 3 puloh wak beli berah . Siey tengok . Syukur laa aku ni ado laa jgk bare nk make
— Sukuna’s Finger (@moktammm) January 24, 2021
negeri lain ada juga tu, x viral je… yang kelantan viral sebab rakyat sama-sama prihatin antara satu sama lain…
— afifah (@NurAfifah0503) January 24, 2021
Realitinya ramai dibawah tahap miskin. Mungkin mereka malu untuk minta bantuan, atau prosedurnya rumit. Peliknya, duit zakat selalu berlebihan. Mana silapnya? Kita perlu mekanisme yang lebih sistematik untuk membantu golongan yang memerlukan.
— Dr. Ramli Ismail (@ramlysmail_) January 24, 2021
Org2 mcm ni, EPF pon takde. Gov kena fikir solution lain yg cater golongan begini.
— Sukka Lasuna (@Moknan10) January 24, 2021
Ini bukan eksploitasi untuk konten ye, saya tak dapat apa pun dari konten ni, saya cuma nak highlightkan isu sebenar / the reality that’s been happening in our country yang kita tak sedar. One way or another, either thru me or anybody else, isu ini orang akan war-warkan juga
— dani (@danizaydi) January 24, 2021
Tngok mak dia kesat air mata pakai baju, aku pun rasa nak nangis boleh imagine usaha cri mknn dlm sampah tu tp tk jumpa2 juga, tiba2 dtng hamba Allah yg mmbntu. Tk henti2 mndoakn kebaikn untuk yg mmbntu.
— Anna Luciana (@AnnaSafiyyah) January 24, 2021
Orang yang betul-betul perlukan bantuan, bagi sedikit pun begitu besar bagi mereka. Orang susah/pernah susah sahaja faham perasaan tu. Kalau kita susah, kena ingat ramai lagi jauh lebih susah… PKP ni lagi la
— Dr. Ramli Ismail (@ramlysmail_) January 24, 2021
Wake up n saw this.. is this the country that i am willing to die for. What the govt gonna do abt it..
— KAMEEL’S DAD (@jamian_said) January 24, 2021
Seyes terus mengalir air mata aku disaat aku tgok anak2nya. Teringat anak2 kt umah. Allahuakhbar. Semoga keluarga akak ni dimurahkn rezeki dan sentiasa dibawah lindunganNya. Insya Allah aminn
— Papajoe (@AzizulPapajoe) January 25, 2021
Sedih tengok keadaan dia macam tu. Ingatlah ada orang yang lagi susah daripada kita.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!