Kehidupan yang kita jalani pada hari ini mungkin berbeza dengan orang lain
Ada orang yang hidup senang dan ada juga yang hidup susah. Tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak bersyukur dengan nikmat yang diberi oleh-Nya.
Biarpun kita merasakan kesusahan, ingatlah bahawa masih ramai di luar sana yang lebih memerlukan daripada kita.
Seperti video yang tular di Twitter baru-baru ini mengenai kisah seorang gadis yang terpaksa mencuri demi mencari sesuap nasi untuk keluarganya.
Image via Harian Metro
Video cuba beri pengajaran pada penonton
Menerusi video perkongsian tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang membeli goreng pisang di sebuah gerai di tepi jalan.
Namun, semasa lelaki itu sedang menjawab panggilan telefon, makanannya tiba-tiba dicuri oleh seorang gadis dan melarikan diri.
Lelaki tersebut kemudian terus mengejar dan mengekori gadis berkenaan sehinggalah tiba dirumah miliknya yang kelihatan usang.
Luar setinggan, dalam banglo pic.twitter.com/coBf2MBuOR
— YobTroye (@YobJelebor) December 23, 2020
Memperkenalkan diri sebagai rakan
Lelaki tersebut kemudiannya mendengar perbualan gadis itu bersama neneknya yang sedang sakit dan telah membuatnya merasa serba salah dengan keadaan mereka.
Ternyata kejadian itu telah membuat dirinya merasa kasihan dan tampil memperkenalkan diri sebagai rakan gadis berkenaan.
Keadaan dalam rumah pula tarik perhatian netizen
Namun, lain pula yang terjadi apabila rata-rata netizen mempersoalkan keadaan dalam rumah yang dilakonkan itu kerana agak berbeza dengan keadaan di luar rumah.
Standby gunting kat bawah katil tu betul2 survival skill
— finals dah dekat (@mhmzaca) December 23, 2020
Ternyata orang dari dunia halus udah mandai nyuri di dunia nyata.. Semoga ade insan persis ebit lew di dunia mereka yg bisa membantu mereka ini
— Sh4fi9 (@sh4fi9) December 23, 2020
Ini lah kebenaran. Luar bersamamu, dalam Alep Sokri
— YobTroye (@YobJelebor) December 23, 2020
Rumah dalam dia tuu cantik sia. Inila nama dia lowkey
— Aizat (@aizatazri_) December 23, 2020
luar rumah mcm tak berharta, dalam rumah mcm area Hartamas.
— hafiz (@cygaraga) December 23, 2020
Hahah lain mcm rumah dia
— Naseli (@nanasriff) December 24, 2020
Ya doo. Faham content dia tapi liar kayu masuk pintu lagi mahal drpd pintu rumah aku
— tiana (@4nnrzhhS) December 23, 2020
Berbeda dong rumahnya. Ajaib
— tehaparamore (@tehaparamore) December 23, 2020
Masa mamat tu cakap “Dimakan ya” actually dia nak ambil balik makanan tu tapi nenek tu ingat laki tu suruh dia makan wkwkwkwkk
— WAK THALOL (@nrhnsharol) December 23, 2020
Inda bhaa ko tingu bhaitu luar setinggan, masuk dalam Sutera Harbour joooo
— Gungguripa (@monsieur_shafiq) December 23, 2020
Jadi, korang rasa memang dalam rumah dia macam tu ke atau sememangnya lain?
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!