HomePoliticsLatheefa, Mujahid, apa status siasatan kartel daging bawah PH? soal Najib

Latheefa, Mujahid, apa status siasatan kartel daging bawah PH? soal Najib

Najib Razak berkata walaupun media melaporkan ia berlaku sejak 40 tahun lalu, kerajaan pimpinannya sebelum ini tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara itu.

PETALING JAYA: Isu kartel daging tidak pernah timbul sepanjang tempoh pemerintahan Barisan Nasional (BN), malah keraguan terhadap status halalnya kali pertama didedahkan bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Oktober tahun lalu.

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata, walaupun media melaporkan ia berlaku sejak 40 tahun lalu, kerajaan pimpinannya sebelum ini tidak pernah menerima sebarang aduan rasmi berhubung perkara itu.

“Saya juga telah semak dengan menteri berkenaan pada masa itu dan mereka juga mengesahkan tiada aduan pernah diterima dan media juga tak pernah timbulkan isu ini sepanjang masa saya perdana menteri.

“Setelah dikaji, rupanya isu ini pertama kali dilaporkan pada Oktober 2019. Media Asia Sentinel yang mula-mula membuat dakwaan setelah sebuah badan pensijilan halal di Australia ditarik balik pengiktirafan oleh JAKIM,” katanya dalam kenyataan.

Najib mendakwa, ketika ia mula didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diketuai Latheefa Koya berjanji untuk menyiasat perkara itu walaupun menteri agama ketika itu, Mujahid Yusof Rawa menolak dakwaan berkenaan.

“Selepas itu, isu ini tenggelam sekali lagi sehingga minggu lepas dan Latheefa juga tidak pernah beri apa-apa perkembangan berhubung isu ini sehingga dia letak jawatan empat bulan kemudian apabila kerajaan PH tumbang.

“Sebab itu, kita patut tanya Latheefa dan Mujahid apa status siasatan berhubung kartel daging ini sepanjang tempoh empat bulan mereka menyiasat,” kata Najib.

Must Read

Related News