33 mangsa masih di PPS akibat banjir ‘termenung’

0
248
Semua mangsa berada di PPS berikutan kediaman mereka yang terletak di kawasan rendah masih digenangi air disebabkan banjir termenung. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan semakin berkurangan apabila seramai 33 orang daripada enam keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 pagi ini, berbanding 122 orang daripada 39 keluarga, semalam.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas Azizan Aziz berkata, semua mangsa termasuk seorang wanita warga emas dan seorang bayi lelaki ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Pasir Mas.

“Semua mangsa berada di PPS berikutan kediaman mereka yang terletak di kawasan rendah masih digenangi air disebabkan banjir termenung,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu, mengikut laporan infobanjir.water.gov.my setakat 8 pagi ini, dua sungai di Kelantan merekodkan bacaan melepasi paras amaran iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang menunjukkan bacaan 8.20m (amaran 8m) namun dengan trend menurun.

Dalam pada itu, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat, merekodkan bacaan 2.48m (amaran 2.15m).