Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selalunya ketika kita menonton filem di pawagam pasti akan ada popcorn yang menemani sekali bukan?
Begitupun, belum sempat filem ditayangkan ramai orang akan menghabiskan popcorn mereka semasa iklan dan tayangan trailer filem lain, betul tak? Jadi untuk itu, MBO Cinemas ada jalan penyelesaiannya!
Pada 27 November ini, MBO Cinemas akan menawarkan promosi ‘Bring Your Own Bucket’ (BYOB) kepada semua penonton filem.
Menerusi posting yang dimuat naik oleh MBO Cinemas di laman rasmi Facebook mereka, promosi sehari ini akan diadakan dari jam 1-5 petang sahaja.
Image via MBO Cinemas (Facebook)
Dibenarkan mengisi popcorn sekali sahaja dan simpanan maksimum popcorn dihadkan kepada 10 liter
Untuk anda layak menyertai promosi ini, anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya 2 tiket, dan sama ada kombo tunggal atau kongsi.
Pelanggan kemudiannya boleh membawa 1 bekas pilihan mereka untuk diisi oleh kakitangan mereka. Setiap pelanggan hanya dibenarkan mengisi popcorn sekali sahaja dan simpanan maksimum popcorn dihadkan kepada 10 liter.
Image via MBO Cinemas
Selain itu, MBO Cinemas juga telah mengeluarkan contoh beberapa jenis containers yang dibenarkan dan termasuk:
– Top Hat
– Handbang
– Frying pan
– Tupperware
– Vase
– Rice cooker
– Toolbox
– Helmet
Image via MBO Cinemas
Walau bagaimanapun, mereka juga telah mengingatkan kepada para pelanggan bahawa bekas seperti inflatable pool, tong sampah atau tangki air tidak dibenarkan.
Image via MBO Cinemas
Dalam pada itu juga, MBO Cinemas telah mengingatkan semua pelanggan yang ingin menyertai promosi tersebut supaya hanya mengambil apa yang boleh dimakan bagi mengelakkan pembaziran dan sebarang popcorn yang tidak dihabiskan tidak boleh dikembalikan kepada pihak mereka.
Image via MBO Cinemas (Facebook)
Jika anda berminat dengan promosi ini, anda hanya perlu pergi ke posting mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut!
Image via GIFCen
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik