Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bila diingat semula ketika masa zaman dulu, untuk dapatkan line internet tak semudah zaman sekarang
Sampaikan ada yang terpaksa ke luar dan beli internet dengan pakej yang mahal untuk dapatkan line yang bagus. Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, jauh beza kemudahannya.
Iyalah sekarang dah jadi zaman teknologi, jadi banyak kemudahan yang telah diupgrade bagi memudahkan semua orang.
Baru-baru ini, tular di laman sosial TikTok apabila seorang pemuda mengimbau semula momen ketika menggunakan broadband telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
@alifffroslan Sape penah gune dulu?? #begitupekatsekali #apaandapendapat #fypage #fyp #fyp #apaandapendapat #tiktokmalaysia original sound – Aliff Roslan
Kongsi dulu beli mahal-mahal tapi line tak kuat
Menerusi video berkenaan, kelihatan dia menunjukkan gambar broadband yang popular digunakan pada zaman dulu.
Dia mengimbau semula, ketika menggunakan broadband itu bila dah sampai hujung bulan secara auto line internet akan perlahan. Malah, perkongsiannya itu juga membuatkan ramai netizen boleh relate ketika menggunakan broadband itu.
“Cucuk dekat laptop kau, ke hulu ke hilir duk usung,” katanya.
Image via @alifffroslan (TikTok)
Image via @alifffroslan (TikTok)
“Dulu pakai P1 Wimax, pergh rindu. Tempat aku kira okaylah pakai broadband ni banding dari broadband lain” – Netizen
Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 173K views, 15.1K likes dan 647 comments di TikTok dan rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @alifffroslan (TikTok)
Image via @alifffroslan (TikTok)
Image via @alifffroslan (TikTok)
Image via @alifffroslan (TikTok)
Tapi sekarang semua broadband dah upgrade 😀
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik